https://critoxium.com/shop/

Terkini

Lambat, Dr M beritahu Tok Pa

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk meninggalkan Umno pada hari ini sebagai terlambat.

“Dia sedar pun dah lambat. Sepatutnya dia sedar awal lagi Umno dah rosak. Sekarang baru nak keluar parti,” katanya ketika ditemui selepas majlis makan malam dan Anugerah Francais Malaysia hari ini.

Terdahulu Mustapa mengumumkan dia meninggalkan parti itu kerana hala tuju Umno tidak lagi selari dengan prinsipnya.

Ini merupakan kali pertama seorang pemimpin tertinggi dan terkanan Umno keluar parti itu pasca pilihan raya umum ke-14.
Ditanya sama ada beliau selaku pengerusi Pakatan Harapan sedia menerima bekas menteri, ahli majlis tertinggi Umno dan pengerusi Barisan Nasional Kelantan itu menyertai gabungannya, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada Mustapa.

“Dia tak sebut pun. Kalau nak sertai dia kena buktikan dirinya tidak sama seperti sebelum ini” katanya.

Peletakan keahlian ini ditengah-tengah hubungan lebih baik antara Umno dan PAS pasca kekalahan teruk pada pilihan raya umum 9 Mei lepas.

Kedua-dua parti itu, seteru ketat sejak 1970-an, sedang mempertimbangkan suatu bentuk kerjasama untuk pilihan raya umum ke-15.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.