Ahli parlimen Labuan isytihar keluar Umno, sertai Warisan
LABUAN, ― Ahli parlimen Labuan mengisytihar keluar Umno dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).
Datuk Rozman Isli menyerahkan borang keahlian kepada timbalan presiden Warisan Datul Darell Leiking di sini hari ini, lapor BH Online.
Katanya keputusan dibuat selepas mendengar pandangan pelbagai pihak demi masa depan dan kesejahteraan penduduk kawasannya.
Bekas pengerusi BN Labuan itu mempertahankan kerusi pada pilihan raya umum lalu (PRU14) dengan 10,164 undi, menewaskan calon PAS, Warisan dan Parti Harapan Rakyat (PHR).

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.