Kena kepala terasa pedih ulu hati
Oleh USTAZ IDRIS AHMAD
PAS sudah lali dengan
politik persepsi dan fitnah, terutama sebelum PRU14. Terutama isu PAS
makan duit RM90 juta daripada umno. Banyak orang termakan dengan diayah
fitnah ini. Walaupun berkali-kali dijelaskan. Masih diputar oleh portal
dan cyber trooper (CT) yang tidak bertanggungjawab dan pemakan
dedak dan kanji ubi kayu. Menghalalkan cara untuk mencapai matlamat.
Tanpa mengambil kira dosa dan pahala, syurga dan neraka.
PAS konsisten tidak bersetuju dengan
politik fitnah. Tuduhan tanpa asas. PAS menyokong Akta Antiberita Tidak
Benar di sidang Parlimen Mac 2018. Walaupun ada kesan negatifnya. Tetapi
PAS melihat dari sudut moral dan akhlak, apakah wajar kita boleh
menerima berita tidak benar.
Biasalah sifat manusia yang rakus dengan
kuasa. Apabila kena kepada PAS, bersorak seantario dunia.
Tidak cukup
CT di Malaysia, guna pula media dan penulis upahan di luar. Apabila kena
atas kepala sendiri, baru terasa pedih sampai ulu hati atau seperti
kulit yang disimbah dengan cuka getah.
Baru pandai guna istilah tabayyun, tanya
dulu, siasat dulu, dengar dulu, telefon dulu, bincang dulu, dengar
sampai habis, jangan baca sekerat-sekerat. Jikalau kepada orang lain,
sila saman kalau tidak betul. Tuduh dulu, bicara kemudian, tuduh dahulu,
maaf kemudian. Asalkan cita-cita politik songsang tercapai.
Benar firman Allah SWT bermaksud:
“Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang
merencanakan sendiri”. (Surah Fatir: 43)
Allah Maha Kaya dan Maha Berkuasa ke atas hamba-Nya. Hasbunallah wani’mal wakil.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.