Kelantan anggar royalti RM14 bilion
KOTA BHARU: Kerajaan
negeri berharap Petronas menjelaskan maklumat sebenar berapa jumlah
royalti petroleum yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan.
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar
Abdullah berkata, berdasar kepada maklumat yang dikumpul dan jawapan
menteri di parlimen sepatutnya royalti diterima Kelantan sebanyak RM14
bilion.
Katanya, petroleum dan gas dikeluarkan di perairan Kelantan sejak 1982.
“Itu harta kita banyak yang ada pada Petronas. Kita hendak pinjaman RM90 juta dengan pusat itu sepatutnya tidak ada masalah.
“Oleh itu kita berharap Petronas memberi
maklumat secara rasmi berapa royalti sejak petroleum dikeluarkan di
perairan Kelantan bermula 1982 sehingga sekarang.
“Kalau dapat maklumat itu barulah kita
dapat angka sebenar berapa duit kita diambil oleh pusat,” katanya pada
persidangan Dun hari ini.
Menurutnya juga beliau terkilan dengan
kenyataan menteri yang mengungkit kerajaan negeri memohon wang daripada
kerajaan pusat, sedangkan duit Kelantan banyak dipegang pusat.
“Kalau kerajaan pusat jujur, banyak kita
boleh selesai masalah pembangunan di Kelantan termasuk bekalan air
bersih dan pengurusan sampah dan pelbagai lagi.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.