Kenapa hutang P Pinang kurang secara drastik?
POLEMIK yang
ditimbulkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini kononnya
Kerajaan Negeri Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangan telah
menarik perhatian umum tentang prosedur kewangan dalam sistem
federalisme.
Oleh Irfan ES
Pada 23 Oktober 2018, beliau yang
sebelumnya diasak agar mengemukakan bukti tuduhan berkenaan, mendakwa
Kelantan merupakan negeri yang mempunyai hutang tertinggi pinjaman
pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan (fakta yang kemudiannya
dibuktikan salah berdasarkan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan
2017).
Meneliti senarai negeri-negeri dan
hutang masing-masing, saya tertarik dengan data yang memaparkan Pulau
Pinang mempunyai kadar hutang paling rendah iaitu sekitar RM65 juta
sahaja.
Sebelum tahun 2011, jumlah hutang
kerajaan negeri Pulau Pinang melebihi RM700 juta. Namun pada tahun 2011
sewaktu Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri, tiba-tiba hutang negeri
berkurang secara drastik kepada RM65 juta.
Dalam sidang media pada 15 Oktober 2016, beliau menyifatkan pengurangan ini sebagai bukti kejayaan pentadbiran dan pengurusan ekonomi sebuah kerajaan yang diterajui oleh beliau.
Namun apa yang sebenarnya terjadi?
Pada Jun 2011, Kerajaan Persekutuan
telah membantu Pulau Pinang dalam menstrukturkan semula hutang negeri.
Hutang sebanyak RM655.24 juta telah ditukar kepada pajakan aset air
kepada Kerajaan Persekutuan dengan bayaran RM14.56 juta setahun selama
45 tahun.
Dengan kata lain, kerajaan negeri Pulau
Pinang masih perlu membayar sebanyak RM655 juta kepada Kerajaan Pusat
dalam masa 45 tahun.
Perkara ini diakui sendiri oleh beliau melalui satu sidang akhbar pada 1 Jun 2011.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.