Parlimen: YB ponteng berjemaah?
Oleh Shahir Adnan
BERDASARKAN takwim
Parlimen Malaysia, persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang
merupakan Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas, yang
akan berlangsung selama 30 hari bermula pada 15 Oktober 2018.
Persidangan kali sebenarnya amat penting
kerana dijadualkan YB Menteri Kewangan bakal membentangkan Rang
Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2019 pada 2 November 2018.
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia amat prihatin dengan beberapa gambar yang diambil pada sidang Parlimen yang menunjukkan ketidakhadiran yang amat serius, khususnya pihak Ahli Parlimen Kerajaan (Pakatan Harapan).

Isu ini sebenarnya telah dibangkitkan
pada persidangan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama di mana ramai wakil
rakyat Pakatan Harapan hilang ketika persidangan, walaupun pertama kali
memenangi pilihanraya dan memegang tampuk kuasa. Nampaknya
ketidakhadiran wakil rakyat Pakatan Harapan di Dewan Rakyat masih
berlaku dengan sewenang-wenangnya sehingga hari ini.
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia amat terkejut dan terkesan dengan kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff, yang menyifatkan ketidakhadiran Menteri dan Timbalan Menteri di Parlimen sebagai perkara biasa.

Rakyat disuap dengan dakyah “Malaysia
Baru” selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya, namun kini kerajaan
Pakatan Harapan dan Yang Dipertua Dewan Rakyat masih di takuk “Malaysia
Lama”.
Namun begitu, kita lihat perubahan positif kepada wakil rakyat
blok pembangkang hari ini yang amat komited untuk hadir di sidang
Parlimen dan aktif berbahas.
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia juga menyanggah kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata ketidakhadiran wakil rakyat bukan isu besar. Rakyat berpendapat Yang Berhormat Ahli Parlimen merupakan wakil suara rakyat di Parlimen.

Rakyat memberikan amanah kepada mereka
untuk mewakili suara rakyat demi kepentingan rakyat dan negara. Dewan
Rakyat merupakan tempat yang amat penting dan strategik untuk Yang
Berhormat Ahli Parlimen menyuarakan suara dan aspirasi rakyat. Kalau
selalu ponteng, bagaimanakah rakyat akan bersuara?
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mencadangkan kepada wakil rakyat Gagasan Sejatera untuk mengusulkan Parlimen Malaysia agar menyediakan satu pengkalan data khas untuk merekod kehadiran Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kehadiran mereka seharusnya direkodkan
untuk setiap mesyuarat. Mereka bekerja untuk rakyat, menggunakan duit
cukai rakyat, dan berkhidmat untuk rakyat. Ini penting untuk
mendisiplinkan wakil rakyat agar menjalankan amanah mereka. Jika pekerja
yang selalu ponteng boleh dikenakan tindakan disiplin, mengapa tidak
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang selalu hilang semasa persidangan Dewan.
Demi Bangsa Malaysia!
Shahir AdnanDemi Bangsa Malaysia!
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.