https://critoxium.com/shop/

Terkini

Muktamad! Himpunan tolak ICERD diteruskan

KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan keputusan Kerajaan PH untuk tidak meratifikasi ICERD sebagaimana kenyataan akhbar oleh Pejabat Perdana Menteri yang telah dimaklumkan menerusi siaran media sebentar tadi.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, namun rancangan asal Himpunan Perdana Rakyat Tolak ICERD yang dijadualkan pada 8 Disember depan di Dataran Merdeka akan tetap diteruskan.

Pun begitu jelas beliau, rancangan tersebut akan bertukar format kepada himpunan kejayaan dan kesyukuran rakyat menolak ICERD yang akan diisi dengan solat hajat dan ucapan daripada para pimpinan.

Terangnya, rakyat telah menunjukkan kesediaan untuk menyertai himpunan tersebut dengan pelbagai persiapan diatur di negeri masing-masing dan soal tempat terserah kepada urusetia penganjur.

Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Kamaruzaman Mohamad menegaskan, pihaknya selaku penganjur bersama Sekretariat Kedaulatan Negara (DAULAT) akan tetap meneruskan himpunan.

Sementara Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim menggesa Kerajaan PH memberi kenyataan lebih jelas dan tegas berkenaan halatuju mereka terhadap ICERD memandangkan Perdana Menteri bersandarkan ianya mustahil kerana PH tidak punya majoriti di Parlimen.

Beliau mempersoalkan sama ada PH akan meminda Perlembagaan Persekutuan sekiranya memiliki majoriti dua pertiga dan memberi laluan kepada pelaksanaan ICERD yang hingga kini kekal menjadi kebimbangan dan kecurigaan dalam kalangan rakyat.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.