Surat terbuka buat presiden PKR
Di Sarawak, sokongan kepada PKR mula subur dengan meningkatnya sokongan Dayak, yang kebanyakannya kecewa dengan Barisan Nasional (BN) selama ini.
PKR lah satu-satunya wadah harapan kami untuk memberi ruang dan peluang bagi kaum Dayak membawa suara kami bagi menaikkan taraf sosio ekonomi kami yang sekian lama didiskriminasikan pimpinan BN.
Pemimpin PKR Dayak
Kemunculan Larry Sng
Kemunculan Larry Sng yang hanya setengah tahun jagung menyertai PKR nampaknya telah diberi kelebihan oleh pihak atasan PKR. Hal ini amat mengecewakan penyokong tegar PKR Sarawak. Kami akan terus berdiri di belakang Baru Bian dan Ali Biju sebagai pembawa suara rakyat Sarawak di peringkat persekutuan.
Peranan Larry Sng yang menjadi pengiring kamu berjumpa Tun Taib Mahmud juga sungguh mengejutkan penyokong PH di Sarawak.
Umum mengetahui Taib adalah musuh kamu dan kamu telah dengan lantang membantah Taib sebagai perompak harta kekayaan Sarawak. Ramai rakyat Sarawak bertanya, kenapa dengan tiba-tiba kamu sekarang seakan-akan membuat “deal” dengan perompak kekayaan negeri ini?
Perjuangan pemimpin Dayak dalam PKR
Sedarkah kamu bahawa pemimpin-pemimpin tegar seperti Baru Bian, Ali Bjiu dan yang lain dari Sarawak telah banyak diaibkan hanya kerana mendokong perjuangan reformasi kamu untuk PKR? Mereka dimalukan, dan dipinggirkan oleh kerajaan negeri, sahabat handai hanya kerana PKR! Tetapi mereka dan penyokong mereka tetap bersama-sama PKR.
Dua pilihan raya sebelum ini, merekalah yang mengatur dan menggerakkan jentera pilihan raya di Sarawak, dengan serba kekurangan demi PKR, sedangkan Larry Sng dengan kemewahan wang ringgit melawan calon PKR selama ini.
Sekarang, penyokong PKR Sarawak terpinga-pinga, parti yang diharapkan, tetapi ketua dipinggirkan. Lebih perit lagi, menahan segala sindiran serta tohmahan dari pihak Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang tertawakan perjuangan PKR terbantut separuh jalan.
Kalau inilah sikap pemimpin PKR Pusat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya bermimpi untuk menawan Sarawak di pilihan raya negeri akan datang.
Wasalaam…Daripada rakyat Sarawak yang kecewa.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.