https://critoxium.com/shop/

Terkini

Nafi gertak imam, pegawai exco tegur masjid bukan medan politik

ALOR SETAR, 14 Nov — Pegawai exco agama Kedah menafikan menggertak sekumpulan imam dan jawatankuasa masjid di Kuala Muda agar tidak menjadikan rumah ibadat medan politik.

Mohd Firdaus Ja’afar semalam menjelaskan ketegasannya dalam satu majlis baru-baru ini sejajar dengan titah sultan Kedah yang melarang perkara itu berlaku, lapor Utusan Online.

“Dalam majlis dimaksudkan itu, saya sama sekali tidak menengking, menggertak atau memberi amaran kepada para imam dan ahli jawatankuasa masjid,” katanya, bekas ahli parlimen Jerai.

Beliau mengakui ada khatib “agak melampau” mengkritik menteri, namun baginya tindakan menggertak para imam hanya boleh mencemar imej Pakatan Harapan. 

Mohd Firdaus membangkitkan kes Datuk Seri Mujahid Yusof dalam acara tersebut selepas menerima aduan pelbagai pihak sehingga melibatkan laporan polis.

“Begitu juga dalam majlis itu saya tegaskan, kalau Mujahid meluluskan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kami dulu akan ke depan menghadap beliau,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.