Sokong bantahan Mufti Perak terhadap ICERD
Oleh MUHAMMAD HANIF JAMALUDDIN
TAHNIAH diucapkan ke atas kenyataan Mufti Perak,
Dato' Seri (Dr) Harussani Zakaria yang jelas menunjukkan pendirian tegas
menyanggah keperluan ratifikasi ICERD. Berdasarkan hujah dan saranan
serta nasihat yang tegas kepada pihak kerajaan, sememangnya kenyataan
cukup memberi makna dalam perjuangan ummah dan rakyat umumnya dalam
membantah ratifikasi ICERD.
Suara para mufti amat ditagih perjuangan ummah apatah lagi ICERD
ini adalah isu prinsip dan maruah ketuanan Melayu di mana Melayu
merupakan tuan tanah asal dan teras kepada Islam di tanah air ini.
Penghapusan keistimewaan ini jelas memberikan implikasi negatif
sedangkan persepakatan menerusi kontrak sosial sewaktu kemerdekaan
dicapai tidak pernah mendiskriminasi mana-mana kaum selain Melayu, malah
mereka turut mendapat kewarganegaraan bersama.
Saranan kepada semua para mufti yang lain untuk turut bersama-sama
mengeluarkan pendirian yang jelas dan tegas dalam sanggahan keperluan
ratikasi ICERD ini. Kebersamaan suara mufti serta agamawan yang
berpengaruh mampu mewujudkan gelombang perjuangan yang kuat dalam
mempertahankan hak istimewa sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan
sejak sekian lama lebih 50 tahun ini.
Jangan kerana kerakusan kuasa, ada pihak yang tunduk sehingga
sanggup menggadaikan hak istimewa Melayu dan Raja-raja sedangkan catatan
sejarah jelas bagaimana Rantau Melayu ini subur dengan kedatangan Islam
yang hadir. Bukan sekadar rakyat biasa, malah Raja-raja turut menjadi
simbol keutuhan kekuasaan Islam di rantau Melayu ini.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.