Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengelak media kelmarin kerana mahu
membuat penjelasan kepada kepimpinan parti terlebih dahulu, kata
setiausaha politiknya.
Syahir Sulaiman mengaitkan perkara itu dengan “adab berjemaah”.
“Mengapa
Tuan Guru (Hadi) tidak menjawab soalan wartawan semalam, walaupun Tuan
Guru boleh menjawabnya, adalah kerana Tuan Guru mahu menjelaskan kepada
pimpinan tertinggi parti di dalam mesyuarat hari ini.
“Inilah
akhlak dan adab berjemaah yang ditunjukkan oleh Tuan Guru,” tulisnya di
Facebook semalam sambil menggunakan tanda pagar #kepimpinanAyahChik.
Hadi dalam pertemuan dengan Mahathir minggu lepas.
Hadi
kelmarin dilaporkan mengelakkan diri daripada wartawan yang mahu
mendapatkan penjelasannya mengenai kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan
Dr Mahathir Mohamad bahawa PAS tidak akan menyokong Umno pada pilihan
raya kecil Semenyih.
Hadi
dilaporkan diiringi pengawal peribadi, sekurang-kurangnya empat orang,
dan terus meninggalkan majlis selepas menyampaikan ucapan penutupan
sebuah acara di Chukai, Terengganu.
Syahir turut menaiki kenderaan sama.
Terdahulu pada hari itu, Mahathir berkata Hadi berjanji PAS tidak akan menyokong Umno alam pilihan raya kecil Semenyih.
Umno dan beberapa pemimpin PAS mempertikai kenyataan itu.
'Hadi elak wartawan kerana adab berjemaah'
Reviewed by editorreformis
on
Februari 18, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
MAJLIS Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) bersama gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mencadangkan kepada Dr Ma...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.