https://critoxium.com/shop/

Terkini

Bersatu akan dilancarkan di Sabah 6 April

SANDAKAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Sabah pada 6 April depan.

Perkara itu disahkan Pengerusi Penaja Bersatu Zon Lima Sabah, Datuk Asmawi Asa, selaku Ketua Pendaftar Parlimen Libaran.

"Ia akan dilancarkan pada 6 April nanti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sandakan, pada Ahad.

Mengulas lanjut berhubung siapa bakal Pengerusi Penaja Bersatu Sabah, katanya, beliau tidak kisah siapa yang akan dilantik.

"Sesiapapun mereka pilih sebagai pengerusi negeri Sabah, saya alu-alukan.

"Yang penting kita di peringkat bahagian dan zon boleh bekerjasama," katanya lagi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.