Macamlah DAP suci sangat dari skandal
LIM Guan Eng (LGE) kata
kerjasama PAS dan Umno sebagai pengisytiharan perang kepada bukan
Melayu. Timbalan Setiausaha DAP, Nga Kor Ming pula kata kerjasama ini
akan menjadi negara Taliban di Afghanistan. Ketua Pemuda DAP, Howard Lee
pula suruh PAS bertaubat.
Ertinya cukup lengkap pakej serangan DAP
terhadap kerjasama PAS dan Umno. Cuba reka cipta cerita untuk
menimbulkan sangkaan buruk.
Macamlah DAP suci sangat daripada
skandal dan mempunyai integriti. Seperti pepatah mengatakan ‘kokok
berderai-derai, ekor bergelumang tahi’.
Mungkin konsep taubat DAP, apabila mengikut telunjuk mereka baru dinamakan taubat.
Apa makna semua ini?
Kenyataan ini hanya boleh difikir oleh
orang yang mampu berfikir. Mereka yang makan dedak dan sagon DAP memang
tidak mampu untuk berfikir. Kenyataan pemimpin DAP dianggap suci dan
mesti dipertahankan.
Naib Presiden PAS





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.