Petang itu, saya sampai di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka tepat 15
minit sebelum mesyuarat dimulakan di tingkat 30. Sebagai pendatang,
awalnya saya mengambil sikap sebagai pemerhati yang cuba menekuni
persekitaran mesyuarat.
Saya kenal beberapa orang yang ternama
dalam bidang bahasa. Ada dua orang sarjana yang kenal agak rapat.
Manakala yang lain, saya tidak kenal.
Ahli mesyuarat sudah diberi
salinan minit mesyuarat seminggu lebih awal bagi membuat semakan ataupun
menyediakan saranan yang sesuai dalam mesyuarat.
Sepertimana
dalam minit mesyuarat, perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah
soal bahasa. Ini membuatkan saya bertambah asing dan terpencil. Terlalu
teknikal. Rinci.
Sesampai ke agenda ‘perkara lain-lain’, sayapun
angkat tangan meminta izin Pengerusi Mesyuarat memberi laluan untuk saya
bercakap. Inilah kemahiran orang politik yang paling utama: bercakap.
Orang
politik akan lemas jika tidak bercakap atau tiada sesiapa yang mahu
orang mendengar percakapannya. Oleh sebab itu orang politik selalu
mencipta banyak acara bercakap.
Hingga banyak acara perasmian
yang dilakukan demi kelangsungan tabiat itu walaupun tidak perlu.
Anehnya, ramai pula yang bertepuk tangan setiap patah kata ucapan itu.
Malangnya sebuah bahasa
Sebagai
orang politik kerajaan, saya perlu mengubah kaedah mengeluarkan idea.
Lainlah kalau sebagai parti pembangkang. Antara kelebihan ahli politik
pembangkang ialah tiadanya tanggungjawab sosial selain mengkritik,
menghentam atau menasihat (untuk kelihatan lebih sopan).
Tanggungjawab
ahli politik kerajaan mencari penyelesaian dan membuka ruang untuk
masyarakat berkembang maju. Adalah malang sekali jika ahli politik
kerajaan bersikap dan bertindak seperti pembangkang.
Ini juga tidak bermakna harus menjadi pembodek, pak angguk dan menurut tanpa soal. Perlu ada keseimbangan dan kebijaksanaan.
Walaupun
'parti nyamuk' yang saya anggotai ini adalah sebahagian kompenan parti
pemerintah, saya mahu menjadi seekor nyamuk yang membawa maut pada
Namrud. Atau sekurang-kurangnya bunyinya menganggu orang yang lena
tidur, yang tidak sedar-sedar malangnya sebuah bahasa.
Mesyuarat
itu adalah mesyuarat pertama Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM)
di bawah kerajaan Pakatan Harapan. JKTBM ditubuhkan pada 23 Disember
1972 selepas termaterainya perjanjian antara Malaysia dan Indonesia.
Hussein Onn merangkap Menteri Pelajaran Malaysia mewakili kerajaan
Malaysia dan Mahsuri S.H. sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan
Indonsia mewakili kerajaan Indonesia. Sudah lebih 40 tahun berada di
persada negara. Kemudian Brunei menyertai jawatankuasa itu pada tahun
1985.
Tugasnya adalah merancang korpus bahasa Melayu seperti
ejaan, istilah dan tatabahasa. Keduanya mengadakan kerjasama serantau
(Indonesia dan Brunei) dan membuat perakuan yang difikirkan perlu
mengenai dasar-dasar bahasa kepada Menteri Pendidikan Malaysia. Ini
suatu amanah yang besar dan mencabar dalam suasana kebahasaan yang
gersang dan malang.
Anggotanya adalah lantikan Menteri Pendidikan Malaysia yang terdiri daripada tiga ex officio
daripada DBP dan dua lagi dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
Manakala sepuluh orang lagi daripada pelbagai bidang yang mempunyai
iltizam tinggi untuk kemajuan bahasa Melayu.
Bahasa adalah kuasa
Paling
utama JKTBM perlu mengembangkan sayapnya ke pohon rendang yang menjadi
pasak dalam bidang kebahasaan. Menyelusuri perkembangan bahasa
kebangsaan, banyak persoalan bahasa hanya berteduh atau berpijak pada
dahan yang rapuh. Kebergantungan kepada ahli politik membawa gagasan
utama bahasa bersifat sementara. Ada pasang surutnya.
Bahasa
bukan sekadar persoalan budaya, identiti tetapi adalah persoalan kuasa.
Bahasa Melayu tidak sekadar sebagai bahasa kebangsaan mengikut
Perlembagaan Persekutuan tetapi seharusnya dibudayakan dan memiliki
iltizam budaya yang kuat dalam kerangka negara.
Bahasa bukan
juga sekadar persoalan kebahasaan dalam konteks tatabahasa, lingustik
dan seumpamanya. Atas dasar kepentingan bernegara, persoalan kebudayaan
disarankan dengan penuh serius supaya diangkat sebagai agenda utama
negara.
Manakala kuasa tidak wajar disandarkan dengan orang
politik semata. Bahasa itu sendiri adalah kuasa. Bahasa yang mempunyai
tradisi panjang seperti bahasa Melayu sebenarnya memiliki kuasa dalam
jiwa masyarakat.
Memisahkan diri dengan bahasa ibunda bermakna menceraikan keupayaan untuk jauh ke hadapan, bersaing dalam dunia yang mencabar.
Jiwa
yang lemah dan separuh mati itu harus dibangkitkan dengan akal dan
budi. Bukan dengan perasaan kemarahan dan romantisme. Sudah cukup
meraung dan merengek. Lelah mendengarkannya.
Penjajahan dan
kebekuan pemikiran antara sebab yang sangat menyukarkan seseorang bebas
daripada ikatan sistem tinggalan penjajah yang membentuk kerangka
politik dan pemikiran perkauman begitu tebal dan sukar untuk dipecahkan.
Meskipun sesetengah mereka bercakap di atas pentas dengan
hujah demokrasi, keadilan dan kesaksamanan tetapi hakikatnya itu hanya
retorik. Itulah manusia yang tiada bahasa dan jahil dalam memahami
sejarah negara.
Kita perlukan masyarakat yang berbahasa. Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga. Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa. DR MUHAIMIN SULAM seorang aktivis politik, pensyarah universiti dan penulis buku serta esei.
Iltizam bahasa dalam kerajaan baru
Reviewed by editorreformis
on
Mac 31, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Antara modal sebahagian pimpinan PAS untuk mengajak masyarakat Islam mendokong perjuangannya ialah melabelkan hanya PAS "jamaah Islam...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.