AHLI Jawatankuasa PAS Nik Abduh Nik Aziz mendakwa beliau terpaksa
berbohong dalam isu rakaman audio mengenai dana Umno kepada parti itu
demi menjaga integriti seorang individu.
Ahli Parlimen Bachok berkata, tindakan itu sama seperti seorang
menteri Kabinet yang terpaksa berbohong untuk memastikan rahsia butiran
mesyuarat tidak dibocorkan kepada umum.
“Ini bukan soal saya menipu atau tidak tapi nak jaga integriti seorang ahli majlis (ahli jawatankuasa PAS pusat.
“Sama seperti pegawai kerajaan dalam mesyuarat Kabinet. (Jika)
wartawan dapat tahu (sesuatu butiran mesyuarat dan) tanya menteri,
takkan menteri nak jawab (perkara sebenar)
“‘Menteri akan jawab tak tahu sebab ia masih lagi rahsia tidak patut
diketahui jadi adakah perbuatan menutup (perkara rahsia) itu salah? Ia
tidak salah,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Kenyataannya mengenai dana dari Umno kepada PAS itu diabadi dalam
satu rakaman audio yang tular pada April tahun lalu, sejurus sebelum
PRU14.
Nik Abduh pada awalnya berkeras menafikan bahawa beliau merupakan individu yang bercakap dalam rakaman audio itu.
Namun pada 12 Februari lalu, beberapa hari sebelum disiasat SPRM, beliau membuat pengakuan bahawa suara itu adalah miliknya.
Pengakuan itu didakwa membuktikan bahawa PAS sememangnya menerima
jutaan ringgit daripada Umno, yang disyaki penyiasat sebagai dana yang
berpunca daripada 1Malaysia Development Bhd.
Pada 18 Februari, beliau dipanggil SPRM berhubung siasatan mendakwa PAS menerima wang RM90 juta menerusi 1MDB.
Ia susulan tindakan presiden PAS Abdul Hadi Awang menyelesaikan saman
fitnah ke atas portal Sarawak Report atas satu laporan pada 2016 yang
mendakwa parti itu menerima wang dari Umno.
Selain Nik Abduh, beberapa pemimpin kanan PAS turut dipanggil untuk memberi keterangan.
Mengulas lanjut, anak kepada bekas mursyidul am PAS Nik Aziz itu
menegaskan, biarpun agama Islam menegah perbuatan berbohong, terdapat
pengecualian bagi kes ini.
“Islam ada tempat menipu itu dibenarkan, sama macam dengki itu
perbuatan berdosa tapi ia tidak menjadi begitu jika contoh kita dengki
dengan orang kaya (jika ia) jadi semangat (pendorong) untuk kita jadi
kaya.
“Asasnya adalah tapi ada ruang pengecualian,” katanya lagi.
Beliau juga mendakwa pendirian untuk melindungi rahsia itu turut
mendapat pujian pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
yang menyiasatnya.
“Masa di SPRM saya cerita benar. Audio itu audio saya tapi saya
beritahu pegawai (di) luar saya tidak akan mengaku, tapi (apabila
berdepan) saya mengakulah
“Mereka kata ‘tindakan YB ini betul sebab kami pegawai kerajaan juga
dilatih begitu’,” dakwanya yang menambah beliau berhak untuk tidak
mendedahkan perkara sebenar.
Katanya lagi, dakwaan bahawa PAS mengambil duit daripada Umno juga
hanyalah isu lama yang dimainkan semula untuk menutup kelemahan
pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Isu RM90 juta isu lama dimainkan dalam PRU14 sepatutnya selesai dan PH patut ada senjata baru,” katanya.
“Tapi banyak isu dalam negara kerana kerajaan baru yang mana banyak
mereka tak dapat tunaikan manifesto maka masa itu rakyat tengok kekuatan
PAS.
“Tapi mereka tak sempat bina senjata baru jadi isu lama dimainkan,” katanya lagi.
Nik Abduh juga menyifatkan isu berkenan sebagai serangan fitnah
semata-mata dan menegaskan, beliau tidak gentar berdepan dengan cabaran
tersebut dan tidak akan mengalah.
“Apabila saya yakin itu adalah fitnah ke atas saya saya tak perlu
takut kerana saya tahu fitnah kalau kita mengalah kita akan kalah.
“Ia bersifat api kalau kita biarkan merebak rumah itu terbakalah tapi
kalau lawan dengan api dia akan berhenti cuma awalnya adalah kesan
fitnah itu.”
Bohong demi integriti pemimpin kanan PAS, kata anak Nik Aziz
Reviewed by editorreformis
on
April 14, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka tidak akan melaksanakan penjualan pasir sekiranya diberi mandat oleh rakyat negeri itu pada 20 Nove...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.