Kenaikan 300% Caj Sewaan Tapak Bazar Ramadan Membebankan peniaga
Pemuda AMANAH Terengganu mengambil maklum perubahan caj sewaan tapak bazar ramadan di sekitar Kuala Terengganu.
Peningkatan sebanyak 300% iaitu dari RM1000 kepada RM4000 adalah tidak wajar dan membebankan peniaga.
Rantaian kenaikan berkenaan dibimbangi menjadikan harga barang jualan di bazar ramadan turut naik ekoran daripada kenaikan kadar sewa tapak. Untuk mengurangkan bebanan ini, peniaga pula terpaksa menaikkan harga barang yang mana tekanan harga yang tinggi ini akhirnya akan terpaksa dihadapi oleh pengguna.
Pemuda AMANAH Terengganu mengesa pihak kerajaan negeri campur tangan dalam menyelesaikan permasalahan ini. Dengan perolehan wang royalti minyak, tidak seharusnya rakyat dibebani dengan kenaikan seumpama bahkan caj caj sewaan kepada rakyat boleh direndahkan atau sekurangnya sama seperti tahun sebelumnya.
Kerajaan Negeri perlu mendengar maklum balas daripada rakyat Negeri Terengganu dan memberi tindak balas segera supaya keresahan mereka dapat menemui jalan penyelesaian.
Muammar Qaddafi Bin Mohd Nasir
Pengarah Komunikasi
Pemuda AMANAH Terengganu

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.