Mokhtar: Walaklah atau ahli PAS dijerat mainan syaitan
Seorang tokoh ulama PAS menyarankan dua kaedah kepada anggota parti itu untuk memastikan faham langkah diatur pemimpin mereka.
Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata anggota parti mesti memahami tindakan diambil pimpinan mereka melalui ilmu yang betul.
Jika gagal, kata Mokhtar, mereka masih tetap perlu memberikan walak kepada pimpinan serta parti.
Kegagalan berbuat demikian, kata bekas ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu, anggota parti akan terdedah kepada tipu helai syaitan.
"Jika dengan ilmu anda gagal memahaminya, dan gagal pula memberikan walak, maka terdedahlah anda kepada mainan syaitan.
"Pada waktu itu tiada jaminan yang anda akan teguh bersama jamaah dan perjuangan," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Tidak dapat dipastikan kepada siapa nasihat tersebut ditujukan namun ia membayangkan wujud rasa tidak puas hati sesetengah anggota PAS ketika ini.
Untuk rekod PAS kini menjalin kerjasama erat dengan Umno dan BN dalam gerak kerja pembangkang menghadapi kerajaan PH.
Kata
Mokhtar seseorang yang terlanjur gagal memahami tindakan pemimpin parti
atau tidak memberikan walak akan berdepan kerugian amat besar.
Menurutnya dalam keadaan begitu mati adalah lebih baik daripada hidup.
"Apabila anda sudah berada dalam belitan dan permainan syaitan, maka perut bumi (mati) lebih baik bagi anda berbanding belakang bumi (iaitu hidup)," katanya.
Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata anggota parti mesti memahami tindakan diambil pimpinan mereka melalui ilmu yang betul.
Jika gagal, kata Mokhtar, mereka masih tetap perlu memberikan walak kepada pimpinan serta parti.
Kegagalan berbuat demikian, kata bekas ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu, anggota parti akan terdedah kepada tipu helai syaitan.
"Jika dengan ilmu anda gagal memahaminya, dan gagal pula memberikan walak, maka terdedahlah anda kepada mainan syaitan.
"Pada waktu itu tiada jaminan yang anda akan teguh bersama jamaah dan perjuangan," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Tidak dapat dipastikan kepada siapa nasihat tersebut ditujukan namun ia membayangkan wujud rasa tidak puas hati sesetengah anggota PAS ketika ini.
Untuk rekod PAS kini menjalin kerjasama erat dengan Umno dan BN dalam gerak kerja pembangkang menghadapi kerajaan PH.
Bagaimanapun
difahamkan tidak semua anggota PAS - terutama di bahagian Pantai Timur -
menerima kerjasama itu dengan baik. Antara lain ia disebabkan
perseteruan dan persaingan panas di antara PAS dan Umno suatu ketika
dulu.
Isu
penerimaan wang daripada orang Umno serta penarikan balik saman
Presiden PAS Abdul Hadi Awang ke atas pengarang Sarawal Report, Clare
Rewcastle Brown, dan perkembangan di sebalik penyelesaian luar mahkamah
itu juga menimbulkan kegelisahan sesetengah anggota PAS.
Menurutnya dalam keadaan begitu mati adalah lebih baik daripada hidup.
"Apabila anda sudah berada dalam belitan dan permainan syaitan, maka perut bumi (mati) lebih baik bagi anda berbanding belakang bumi (iaitu hidup)," katanya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.