PAS tidak letak calon di PRK Sandakan
KOTA
BHARU: PAS dijangka tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil
(PRK) Parlimen Sandakan pada 11 Mei ini, kerana kawasan berkenaan tidak
berada tersenarai dalam parti itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pihaknya setakat ini belum mengadakan perbincangan mengenai perkara berkenaan, tambahan pula Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, MCA yang bertanding menentang DAP di Parlimen terbabit.
“Sandakan bukan kawasan kita dan setakat ini kita belum ada keputusan lagi. Tambahan pula, Barisan Nasional (BN) sendiri tiada keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak.
“Kalau ikut kawasan itu (pada PRU-14), MCA yang bertanding lawan DAP. Jadi, saya tidak tahu kemungkinan BN meletakkan calon MCA atau tidak kerana perkara itu kena tanya BN.
“Jadi, kita kena tunggu sama ada BN bertanding atau tidak,” katanya selepas ditemui pada Program Solat Hajat sempena Hari Sayyidatina Khadijah, di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.
PRK Parlimen Sandakan diadakan selepas kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.
Baru-baru ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan UMNO tidak akan meletakkan calon tetapi bersedia membantu calon dari parti pembangkang termasuk PAS yang berhasrat bertanding.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.