PRK Sandakan: MCA sedia letak calon
SANDAKAN: MCA Sabah bersedia meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sandakan pada 11 Mei ini.
Pengerusinya,
Lee Wan Tung, berkata mereka bagaimanapun masih membincangkan perkara
itu dan belum ada keputusan muktamad mengenainya.
Katanya,
ada keperluan untuk MCA meletakkan calon di kerusi terbabit selepas
UMNO mengesahkan tidak akan bertanding, selain mengambil kira faktor
hampir separuh daripada pengundi adalah masyarakat Cina.
“Belum
ada keputusan setakat ini (bertanding atau tidak), namun kita bersedia.
Kita juga sedang kaji bersama Presiden MCA (Datuk Seri Dr Wee Ka Siong)
dan bincang dengan lima bahagian (Sandakan, Batu Sapi, Libaran, Beluran
dan Kinabatangan) pelbagai aspek sebelum umum,” katanya ketika
dihubungi, di sini hari ini.
Ketika ini, hanya MCA dan UMNO sebagai anggota komponen Barisan Nasional (BN) yang masih bertapak di Sabah.
Wan
Tung berkata, MCA juga akan berbincang dalam BN serta parti pembangkang
yang lain di Sabah untuk mencapai kata sepakat dan menetapkan hanya
satu parti daripada blok pembangkang bertanding.
“Kita perlu satu suara (dalam parti pembangkang), tidak boleh semua (parti) mahu tanding,” katanya.
Kerusi
Parlimen Sandakan kosong selepas kematian penyandangnya, Datuk Stephen
Wong Tien Fatt yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
Sabah akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.
Pada
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tien Fatt memperolehi 10,098 majoriti
selepas menewaskan Datuk Lim Ming Hoo daripada Parti Liberal Demokratik
(LDP).
Selain
dua calon Bebas yang sudah mengumumkan untuk bertanding di kerusi itu,
beberapa parti termasuk Gabungan Bersatu Sabah (GBS), Parti Bersatu
Sabah (PBS) turut menunjukkan minat meletakkan calon.
Parti
Liberal Demokratik (LDP) juga dikatakan berminat, namun tiada
pengumuman rasmi dibuat sehingga kini, manakala PAS sudah mengumumkan
tidak akan bertanding.
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei depan sebagai tarikh pengundian
dan 7 Mei untuk pengundian awal, manakala 27 April sebagai tarikh
penamaan calon.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.