https://critoxium.com/shop/

Terkini

Sultan Johor ingin berdamai dengan Putrajaya

SEBAGAI satu usaha damai, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan agar Putrajaya dan kerajaan negeri mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi menyelesaikan sebarang perbezaan antara mereka selepas perselisihan mengenai perubahan kepimpinan negeri baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Sultan Johor berkata menteri besar yang baru dan majlis eksekutif sudah dipilih, sudah sampai masanya ia bergerak ke depan dan bekerja demi kebaikan rakyat.
“Saya harap semua pihak dapat memberi kerjasama penuh agar pentadbiran dan pengurusan negeri Johor berjalan lancar.

“Sekiranya ada sebarang perselisihan atau salah faham, terutamanya yang melibatkan hubungan antara negeri Johor dan kerajaan pusat, saya sarankan kita ketepikan sebarang perbezaan..

“Sebaliknya, eloklah berjumpa dan saling berbincang dengan matang demi kebaikan semua, khususnya rakyat,” katanya dalam kenyataan itu

Kenyataan Sultan itu dibuat di tengah-tengah kontroversi berhubung rombakan majlis eksekutif Johor yang ditegaskan Kabinet persekutuan perlu dikekalkan.

Pada 13 April, bekas menteri besar Osman Sapian memberitahu media Sultan Ibrahim menitahkan agar barisan exco dirombak sebagai salah satu syarat kepada menteri besar yang baharu.

Ahli exco baru adalah Tosrin Jarvanthi dan Mohd Solihan Badri, daripada Bersatu dan Tan Chen Choon daripada DAP.

Mereka mengangkat sumpah pada Isnin. –

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.