Dalam dunia ini memang terdapat pelbagai
jenis diet yang dijamin untuk mengawal tahap pemakanan dan sekaligus
dapat menurunkan berat badan. Namun dalam banyak-banyak diet itu tidak
semua boleh dipraktikkan oleh semua orang. Ini kerana ia bergantung pada
tahap kesihatan, kemampuan dan jadual aktiviti seharian individu
tersebut.
Salah satu diet yang Wanista agak berasa
bimbang ialah diet buah. Ia telah menjadi pilihan paling mudah untuk
kurus ialah apa susah anda hanya perlu beli buah, potong, bersihkan dan
ambil seperti makanan biasa. Tapi ramai yang terlupa disebalik
pengambilan buah yang berlebihan terdapat kesan negatifnya. Diet bukan
bergantung pada satu benda tapi diet ialah bermaksud mengimbangi semula
pengambilan nutrisi, lemak, karborhidrat, gula dalam badan.
Foto – 30seconds.comIni 3 alasan Wanista menolak diet buah…
Kesan pada gula dalam darah
Buah memang kaya dengan nutrisi,
kandungan air untuk hidrasi dan kandungan gula yang semulajadi. Ramai
yang tertipu dengan ‘gula semulajadi’ dari buah kerana ia tetap boleh
menganggu kadar gula dalam darah. Pengambilan buah yang berlebihan sama
erti dengan pengambilan gula yang tinggi. Anda harus berwaspada dengan
apa yang anda ambil tak kira samada buah mahupun makanan dari
karbohidrat. Ini sebagai langkah pengawalan mengelak dari masalah
diabetes.
Foto – Healthline
Penghadaman
Buah-buahan yang tinggi fiber secara
tidak sedar menganggu proses penghadaman anda. Lebih lagi kalau anda
memang kerap mengalami masalah buang air besar, kembung perut, sembelit
dan pelbagai lagi yang boleh menganggu aktiviti seharian. Kandungan asid
dan fiber buah boleh menambah lagi rasa sensitif pada perut sekaligus
membuat perut anda sakit tidak berhenti.
Foto – youblogz.com
Terdedah pada bakteria
Buah nampak seperti mudah dijaga dan
dibersihkan tapi anda silap. Bauh mudah menyerap udara lebih lagi
apabila disimpan didalam peti sejuk. Jika peti sejuk tidak dijaga dengan
baik maka makanan yang disimpan juga boleh mendapat jangkitan bakteria.
Makan buah secara mentah berkemungkinan terdedah dengan bakteria lebih
tinggi berbanding makanan yang dimasak.
Foto – independent.co.ukIngat ya tak kisahlah diet apa yang kamu
semua hendak lakukan kalau boleh dapatkan nasihat doktor atau buat
carian ilmu tentang diet pilihan kamu. Jangan ambil jalan mudah
ya..sentiasa alert dengan keadaan kesihatan dan tubuh. RUJUKAN
Tengah Buat Diet Buah? Baik Lupakan Sahaja..
Reviewed by editorreformis
on
April 17, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi mengakui bahawa ketika ini wujud krisis keyakinan serius terhadap parti itu serta PH berd...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.