Desak Siasatan Bebas Antarabangsa terhadap Kematian Morsi Dalam Tahahan
Kami sedih dengan berita kematian bekas Presiden Mesir As Syahid Dr. Mohamed Morsi selepas dilapor jatuh di mahkamah Kairo hari ini.
Kami menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarganya dan Ikhwanul Muslimin dan rakyat Mesir yang ditindas.
Semoga Allah memberkati ruhnya dan memberikan kepadanya pahala Jannah.
Kami menyeru siasatan bebas menyeluruh terhadap kematiannya secara tiba-tiba di mahkamah.
Seperti yang dipetik dari Sarah Leah Whitson, pengarah eksekutif Human Rights Watch ( HRW ) " kematian dahsyat tetapi dapat diramalkan", memandangkan kegagalan regim Mesir membenarkan dia mendapatkan rawatan perubatan yang mencukupi.
Dia dinafikan rawatan perubatan ketika ditahan dalam keadaan paling teruk seperti yang didokumentasikan oleh HRW.
Dunia mesti tahu sebab kematiannya.
HRW dipetik sebagai berkata "Dia telah dinafikan makanan dan ubat yang mencukupi. Kerajaan Mesir telah mengetahui dengan jelas mengenai keadaan kesihatannya yang merosot. Dia telah kehilangan banyak berat badan dan juga pengsan di mahkamah beberapa kali ".
"Dia ditahan di dalam penjara bersendirian tanpa akses kepada televisyen, e-mel atau komunikasi dengan kawan dan keluarga,"
Tidak dapat diterima bahawa media Mesir hanya menggambarkan kematiannya di penjara akibat serangan strok.
Ikhwanul Muslimin di London, menyifatkan kematian Morsi sebagai "pembunuhan yang direncanakan", mengatakan bahawa bekas presiden itu dilarang menerima ubat atau lawatan dan terdapat sedikit maklumat tentang keadaan kesihatannya.
Kami menyokong gesaan untuk penyiasatan bebas antarabangsa ditubuhkan dan penemuan yang diperolehi di umumkan. Ini mesti dilakukan tanpa berlengah-lengah.
Kami meletakkan rejim Mesir sepenuhnya bertanggungjawab atas kematiannya. Dengan keadaannya semasa dalam penjagaan penuh penindasan regim Mesir, kematiannya sengaja dirancang oleh kerajaan.
Dia meninggal dunia melalui kempen agresif dan ganas oleh rejim Mesir.
Malah Panel Pengawasan Tahanan Bebas, memberi amaran bahawa kekurangan rawatan perubatan boleh menyebabkan kematian "pramatang" Morsi.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas kematian Morsi, Crispin Blunt, pengerusi panel, berkata kematiannya dalam tahanan adalah disebabkan ketidakmampuan Mesir untuk merawat tahanan mengikut undang-undang Mesir dan antarabangsa.
Panel IDRP mendapati regim Mesir merahsiakan keadaan Morsi dalam keadaan disiksa terletak bukan hanya ditangan pelaku tetapi mereka yang bertanggungjawab atau bersekongkol.
Dia hampir enam tahun dipenjara di bawah penyiksaan dan penafian hak-hak asas mengikut undang-undang antarabangsa.
Dia telah mengalami kecuaian perubatan semasa dipenjarakan.
Berdasarkan laporan IDRP, Morsi berada dalam kurungan bersendirian selama 23 jam sehari, yang berdasarkan garis panduan PBB, akan mengklasifikasikannya sebagai penyiksaan.
Kami berpendapat rejim Mesir sekarang pasti bersalah atas kematian Dr Morsi kerana setiap hak seorang tahanan untuk beliau dinafi oleh rejim itu.
Kami menggesa :
1. Siasatan antarabangsa yang bebas ditubuhkan dengan segera untuk melihat sebab kematiannya.
2. Rejim Mesir yang dibawa ke oMahkamah Jenayah Antarabangsa atas penafian hak Morsi dan penyeksaan ke atasnya oleh para pelaku yang menyebabkan kematiannya.
3. Semua tahanan politik Mesir dibebaskan tanpa syarat.
4. Pengharaman Ikhwanul Muslimin di Mesir dibatalkan dan hak-hak demokratik rakyat dikembali semula.
4. Semua pemimpin Islam mengeluarkan kenyataan kecaman kepada rejim Mesir yang telah menindas suara rakyat yang membantah kezaliman regim Mesir.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
Datuk Wira Syekh Ahmad Awang
Ketua Aliansi Masjid seDunia Pertahanan Aqsa dan
Ahli Persatuan Antarabangsa Ulama Islam Malaysia
Datuk Wira Syekh Abdul Ghani Shamsudin
Ketua Sekretariat Perhimpunan Ulama Asia

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.