3 Kali PKR Bergolak,Siapa Dalangnya
Oleh Shahbudin Husin
Diam tak diam, sejak setahun lalu menjadi kerajaan bersama PH, PKR yang memiliki kerusi paling banyak dalam gabungan itu sudah mengalami 3 pergolakan dalaman.
Kali pertama bergolak ketika Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, sedangkan namanya tidak pernah dicalonkan oleh PKR.
Perlantikan itu kemudiannya membawa kepada pertandingan antara Rafizi Ramli menentang Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Kali Kedua bergolak sewaktu Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua
Pesuruhjaya SPRM.
Selain tidak pernah orang politik dilantik mengetuai SPRM atau BPR sebelum itu, Latheefa juga adalah pemimpin PKR yang pro Azmin dan kerap mengkritik Anwar Ibrahim sejak kira-kira setahun yang lalu.
Kali ketika PKR bergolak ialah bila tersebarnya video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin dan kemudian diakui oleh Haziq Abdullah Abdul Aziz sebagai dirinya dalam video tersebut bersama dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut.
Sehingga ini tidak diketahui bagaimana dan kenapa video seks melibatkan Azmin itu tersebar, malah siapa punya perancangan menyebarkannya juga tidak diketahui.
Dalam ketiga-tiga pergolakan PKR itu, semuanya ada kena-mengena dengan Azmin dan secara sipi-sipi seperti menyasarkan Anwar.
Pergolakan pertama dicetuskan oleh Tun Mahathir dan pergolakan kedua juga diombakkan oleh Tun Mahathir.
Masuk akalkah pergolakan ketiga ini kalau mahu dikata ia didalangi oleh Anwar atau semua ini sebenarnya sambungan kepada episod pertama dan kedua sebelumnya?
Mungkinkah ada lagi episod seterusnya selepas ini?

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.