https://critoxium.com/shop/

Terkini

Jangan keliru antara pingat dan Bar Ribbon

PUTRAJAYA,  — Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya menegaskan pemakaian bar ribbon yang dikepilkan di seragamnya adalah berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM Bab A (Dasar), Bil 1 Tahun 2012.

Beliau berkata di bawah peraturan itu seseorang Ketua Pesuruhjaya berdasarkan jawatannya dikehendaki memakai bar ribbon seperti yang disenaraikan.

“Walaupun pada asasnya ia adalah betul dan boleh diterima, namun terdapat sedikit kekhilafan dalam bar ribbon yang kini telah pun diperbetulkan.

“Keduanya, saya tidak memakai pingat sebagaimana yang diperkatakan oleh beberapa pihak. Bar Ribbon ini tidak harus dikelirukan dengan pingat atau darjah kebesaran yang dikurniakan dari pihak Istana, sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat Negeri,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Latheefa berkata penjelasan ini dibuat berikutan sebuah parti politik telah menimbulkan beberapa persoalan berkenaan butiran pada pakaian seragamnya selaku Ketua Pesuruhjaya.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, beliau berkata butiran lain di atas baju seragamnya adalah lencana-lencana pangkat yang beliau dikehendaki memakainya sebagai Ketua Pesuruhjaya dan adalah berdasarkan perintah tetap.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap pakaian seragam saya.

“Secara telus saya mengaku, saya baru sahaja mempelajari berkenaan lencana pangkat, bar ribbon dan pemakaian seragam,” katanya sambil menambah buat masa ini prioriti segeranya sejak mengambil alih tugas adalah melibatkan beberapa kes rasuah yang serius dan bukanlah butiran pemakaian seragam. — Bernama

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.