Malu Najib kembali berkuasa, Nancy hina Sarawak,
KUCHING, 29 Jun — Pakatan Harapan (PH) Sarawak menyelar kenyataan
Datuk Seri Nancy Shukri mendakwa penduduk negeri itu mahu Datuk Seri
Najib Razak kembali berkuasa.
Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata kenyataan “tidak masuk akal” Nancy sebenarnya mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Mendakwa bercakap bagi orang Sarawak yang mahu Najib menjadi perdana menteri sangat mengarut.
“Bukan hanya mengarut tetapi juga menghina dan memalukan orang Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Timbalan
menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna berkata orang
Sarawak enggan Najib kembali berkuasa kerana sedar tuduhan rasuah ahli
parlimen Pekan di mahkamah.
Katanya kenyataan Nancy mendedahkan agenda politik tersembunyi GPS yang mahu membantu Najib kembali berkuasa.
“Jika GPS menang pilihan raya negeri akan datang, ia membuka jalan kepada Najib dan Umno untuk kembali berkuasa pada Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya.
Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata kenyataan “tidak masuk akal” Nancy sebenarnya mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Bukan hanya mengarut tetapi juga menghina dan memalukan orang Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya kenyataan Nancy mendedahkan agenda politik tersembunyi GPS yang mahu membantu Najib kembali berkuasa.
“Jika GPS menang pilihan raya negeri akan datang, ia membuka jalan kepada Najib dan Umno untuk kembali berkuasa pada Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.