Tangani isu rakaman seks dengan politik nilai
Oleh Yasir Tamizi
SEBAGAI rakyat dan juga pengundi di Parlimen Gombak, saya dari jauh memerhatikan senario politik tanah air hari ini.
Penularan video yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet pimpinan Dr Mahathir Mohamad membuatkan saya berasa tidak senang dengan permainan politik jijik yang dicatur oleh sang durjana yang hanya tahu memporak-perandakan suasana demokrasi dalam era Malaysia Baharu ini.
Kes video ini menghidupkan semula babak fitnah dan amalan songsang dalam kancah politik yang amat meresahkan masyarakat.
Kejadian ini mengimbas kembali skrip fitnah yang pernah menimpa Anwar Ibrahim sejak 1998 yang menyebabkan beliau terkurung di sebalik tirai besi selama bertahun-tahun beberapa kali.
Oleh itu, saya bersimpati dengan musibah yang sedang menimpa Yang Berhormat Ahli Parlimen Gombak dan keluarga beliau dalam saat-saat yang sukar begini.
Saya menggesa politik jijik dihentikan segera dan semua pihak wajib menuruti nasihat mufti Wilayah Persekutuan agar menghindari segala bentuk fitnah.
Saya mengajak kita semua untuk menghidupkan semula prinsip moral, etika dan akhlak, sekali gus menolak segala bentuk sebaran fitnah yang dicanangkan, termasuk fitnah baharu yang tercipta rentetan daripada fitnah yang asal.
Fitnah bukan saja lebih kejam daripada membunuh, malah memecahbelahkan institusi kemasyarakatan yang akhirnya meruntuhkan kesatuan.
Fitnah sebegini juga menyebabkan rakyat teralih perhatian dan banyak tenaga dan masa dibazirkan dengan “membahaskan” hal-hal picisan.
Saya juga menyeru agar kita semua memfokuskan semula perbahasan yang bermanfaat, khususnya perihal dasar dan prinsip, demi mencari solusi kepada masalah sebenar yang membebani rakyat seperti permasalahan sosial, cabaran ekonomi, kecurangan urus tadbir dan konflik dunia yang menekan.
Seterusnya membantu kepimpinan negara memacu agenda Reformasi dan memperkasakan rakyat dengan kadar secepat mungkin.
Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi DenyutReformasi

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.