https://critoxium.com/shop/

Terkini

TB Paru-paru

Oleh Dr Suhazeli Abdullah

Heboh dalam media sosial, punca kematian 13 orang asal di Kelantan akibat jangkitan kuman Tb. Kenyataan pihak polis itu masih tidak konkrit kerana siasatan oleh pihak perubatan masih belum selesai.
Maka pelbagai andaian telah dilontarkan oleh netizen punca penyakit yang meragut nyawa itu. Apapun tunggu lah dahulu siasatan terperinci dari pihak berwajib. Media sosial bukan tempat untuk buat diagnosis penyakit!

Hari ini mari kita belajar sikit berkaitan dengan penyakit Tb. Boleh lihat gambar xray yang saya tunjuk ini. Setiap doktor yang jika melihat xray ini, wajib beliau akan letak diagnosis:

1. Pulmonary Tuberculosis
2. Pulmonary Tuberculosis
3. Pulmonary Tuberculosis

Kemudian doktor akan hubungkaitkan pula dari segi klinikal tanda-tanda lain yang akan menyokong diagnosa, seperti batuk melebihi 2 minggu, kurang selera makan, berat badan susut, demam malam dan letih tak bermaya. Doktor akan mengarahkan makmal melakukan ujikaji sapuan kahak, Kadar Sedimen Sel Darah (ESR) dan ujian Mantoux. Ujian ini akan mengukuhkan lagi diagnosa penyakit Tb. Namun jika ujian makmal negatif sekalipun, pakar yang merawat akan berikan ubat anti-tb berdasarkan gambar xray dan tanda-tanda klinikal.

Ini bermakna, penyakit Tb itu senang didiagnos dengan melihat xray dan tanda klinikal. Lihat sekali lagi gambar xray tu, bahagian atas paru-paru kiri terdapat tompokan putih seperti kapas yang ditarik-tarik. Begitu juga bahagian atas paru-paru kanan terdapat setompok putih seperti kapas. Inilah tanda jelas penyakit Tb melalui xray.

Penyakit Tb ini sukar untuk mati kecuali keadaan terlalu teruk atau didiagnos terlalu lambat sehingga pesakit sudah terlalu nazak. Ataupun pesakit mempunyai penyakit sampingan lain seperti HIV atau Kencing Manis, yang menambahkan lagi keterukan serangan kuman Tb.

Penyakit Tb boleh sembuh sepenuhnya dengan rawatan antibiotik khas Tb. Gabungan antibiotik anti-tb telah berjaya dari kajian saintifik mengubati penyakit Tb seluruh dunia.

Berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda ketahui:

* Tb adalah salah satu dari 10 punca kematian tertinggi di dunia.
* Tahun 2017, 10 juta kes Tb dicatatkan dan 1.6 juta mati akibat Tb. Seramai 300 ribu kes dari kematian itu adalah pesakit yang juga menghidap HIV.
* TB adalah punca utama kematian terhadap pesakit HIV.
* Tahun 2017, dianggarkan 1 juta kanak-kanak dijangkiti Tb dan 230 ribu kes darinya mati.
* Diagnosis awal dan rawatan segera Tb boleh menghindarkan kematian dengan anggaran 54 juta nyawa antara tahun 2000 hingga 2017.
* Usaha gigih setiap strata masyarakat perlu bagi memastikan Tb terhapus atas mukabumi menjelang tahun 2030.
* Rawatan alternatif atau komplimentari setakat ini tidak terbukti boleh merawat Tb. Kepercayaan dan pegangan bahawa pengubatan alternatif boleh menyembuhkan Tb menimbulkan kecelaruan dalam perawatan sebenar sehingga timbul kerentangan ubat Tb (multi-drug resistant - MDR).

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.