https://critoxium.com/shop/

Terkini

Video lucah Haziq: Yang terjempit kini Mahathir?

Oleh Mohd sayuti Omar

MACAM-MACAM spekulasi, analisa dan agakan diperkatakan umum berhubung dengan penyebaran video lucah Haziq Aziz. Berbagai-bagai teori pula dikemukakan dalam mencari tujuan dan kesan penyebaran video berkenaan.

Antaranya ada berpendapat ia adalah strategi untuk memecahkan Keadilan dan juga kerajaan Pakatan Harapan.

Memang secara kasarnya ia tertumpu ke arah itu kerana individu dilibatkan adalah pemimpin nombor dua Keadilan yang juga seorang menteri kabinet yang pula diampungkan untuk menjadi PM ke 8.

Samping itu kebusukan video berkenaan diperluaskan dengan berberapa andaian yang boleh diterima akal tetapi ia nampak elemen tambahan ini, elemen yang kedua dan ketiga.

Ada pihak mencari dan membuat tuduhan siapakah dalang di sebalik penyebaran video itu? Kambing hitam sedang dicari untuk dikorbankan. Ada yang cuba mengaitkan dalangnya ialah oleh Anwar Ibrahim sendiri. Anwar bagaimana pun menafikan yang nada penafiannya sama dengan nafas Azmin Ali menafikan mengenai video berkenaan, bahawa penyebaran video lucah itu bukan kerja orang Keadilan.

Azmin telah menafikan. Tetapi tidak jelas pula saya penafian Azmin terhadap video itu apakah beliau menafikan dirinya terlibat atau menafikan yang ianya benar. Beliau mengecam mengatakan penyebaran video itu komplot jahat untuk merosakkan reputasinya. Kenyataan Azmin tempoh hari semacam beliau meletakkan kesalahan menyebar itu, tetapi tidak cuba membuktikan yang beliau tidak terlibat.

Permainan pembangkang.

Selain itu ada juga mengatakan ia adalah permainan pihak pembangkang. Sebenarnya soal pembangkang tidak perlu diperkatakan kerana pembangkang ternyata suka dengan penyebaran video berkenaan kerana mereka mendapat laba percuma. Sama ada mereka buat atau tidak, mereka (oposisi) mendapat untungnya. Pembangkang berterima kasih dengan terdedahnya video itu.

Ada juga yang membuka orbit permasalahan lebih luas dengan mengatakan ia adalah daripada Dr Mahathir sendiri. Sebagai seorang pemain politik yang licik, Dr Mahathir boleh melakukana apa sahaja. Dengan mempercayai Mahathir sudah mengetahui awal perkara itu ada logiknya juga. Penafian awal Mahathir yang tidak mempercayai video itu sebagai benar, sebenarnya tbelum habis "makrit".

Bagaimana pun tidak mudah untuk meletakkan ia kerja Mahathir kerana ia sangat bertentangan dengan sikap Mahathir yang seorang berfikiran praktikal. Lagi pun untuk apa beliau perlu terlibat dengan perkara itu yang akhirnya tertampal ke batang hidungnya sendiri. Menuduh Dr Mahathir terlibat sangat tidak logik, lebih tidak logik mengaitkan Anwar sama. Tetapi hal yang tidak boleh diluapakan beliau juga berada dalam telaga Machiavelisme.

Tidak kira siapa yang bertanggungjawab ke atas video Haziq itu, apa yang ditunggu kini hanya mengenai ketulenannya. Tidak penting siapa penyebarnya, tetapi mengesahkan ketulenan itu menjadi penting dari segala-gala.

Pengesahan itu boleh menamatkan segala spekulasi liar yang tidak munasabah.

Jika ia palsu, tidak perlu siapa takut dan tidak perlu peduli filem porno itu. Azmin boleh menarik nafas lega dan akan menjadi suci kalau ia didapati palsu. Reputasi Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu tidak terjejas apa-apa pun. Tetapi ia kena buktikan akan keplasuannya. Kerja Azmin sendiri ditakala ini bukan mencari siapa dalang tetapi berusaha membuktikan video itu palsu. Itu sangat mustahak.

Sebaliknya kalau ianya sahih tulen, atau ketulinannya itu tidak dapat disahkan selama itulah video itu akan menjadi hantu polong kepada Azmin dan berputar ke dalam kepala umum. Wajah Azmin akan diperhati umum ke mana dia pergi dengan penuh prejudis dan persepsi. Kalau pun orang tidak tergamak untuk bertanya direct, orang akan bertanya dalam hati. Makanya Azminlah orang yang menanggung sepenuhnya apa-apa risiko daripada penyebaran video kotor itu.

Justeru kerana kemisteriannya itu, maka orang meletakkan Azmin dalam keadaan serba salah dan ketakuatan kerana kesannya langsung kepadanya. Dalam pada itu ia juga turut mengheret Anwar berada dalam keadaan yang penuh disyaki, tetapi risikonya tidak separah Azmin.

Pun begitu walaupun Azmin dan Anwar ditikam serba salah, tetapi apa sedang dihadapi Mahathir kini lebih sukar daripada itu. Orang sedang menunggu apakah tindakan Mahathir berhubung video itu. Apakah beliau akan menanti semua siasatan dan uji kaji terhadap video selesai itu baru beliau akan bertindak, atau beliau kekal dengan kenyataan awalnya video itu dikatakan palsu.

Berhadapan dengan isu moral menterinya ini bukan perkara baru bagi Mahathir. Peristiwa tahun 1998 semua masih dalam ingatan orang ramai. Ketika Dr Mahathir dihadapkan dengan isu rendah moral Anwar Ibrahim, beliau telah mengambil tindakan tegas, walaupun kesahihan segala tuduhan dan dakwaan ke atas Anwar belum disahkan oleh mahkamah. Mahathir tidak peduli kepada nasihat siapa sahaja daripada bertindak ke atas Anwar.

Jadi apakah beliau akan mengambil pendekatan dan sikap yang sama terhadap Azmin? Laporan berhubung pembabitan Azmin dalam kes video itu sudah pun ada. Pengakuan dibuat oleh Haziq secara bersumpah merupakan saksi utama. Azmin juga sehingga kini tidak membalas sumpah dibuat Haziq itu. Haziq juga belum menukar kenyataan dan menarik balik sumpahnya.

Mahathir boleh memanggil Haziq untuk mendapat penjelasan lanjut.

Boleh jadikah Dr Mahathir akan mengubah sikap dan pendiriannya. Kalau ini berlaku orang akan pertikaikan mengenai ketegasannya selama ini. Orang akan bertanya dan menyoal kenapa semasa Anwar dahulu beliau berani dan segera bertindak walaupun mendengar maklumat saksi yang dipanggil dan tidak menunggu keputusan mahkamah. Orang akan menuduh beliau sebagai double standard.

Situasi dan keadaan inilah kita lihat orang paling terjempit dan serba salah untuk membuat keputusan dan bertindak dalam kes video lucah ini ialah Dr Mahathir, bukannya Azmin maupun Anwar ataupun mana-mana pihak lain.

Video Haziq bukan sahaja menimbul riak besar dalam kerajaanya tetapi turut mencabar wibawa dan prinsipnya sebagai seorang pemimpin yang dilihat tidak akan bertolak ansur dengan soal moral.

Orang sedang menanti dan menunggu. Kenyataan kedua Dr Mahathir mengenai video itu dirasakan lebih penting dan panas berbanding kenyataan pertamanya tempoh hari. Kita percaya sekembali daripada United Kingdom beliau akan mengeluarkan kenyataan khusus mengenainya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.