https://critoxium.com/shop/

Terkini

Anwar akan tetap bekerja bersama Azmin

PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan tetap bekerjasama dengan Mohamed Azmin Ali, walaupun kedua-dua pemimpin itu dilihat tidak sehaluan di tengah-tengah tuduhan skandal seks melibatkan timbalannya itu.

Jelas Anwar, Azmin dipilih sebagai timbalan presiden pada pemilihan parti lalu dan beliau tiada sebarang masalah untuk bekerjasama sebagai satu pasukan.

“Soalan itu adalah tidak relevan. Azmin adalah timbalan presiden. Kami akan bekerja sebagai satu pasukan.

“Kami akan sentiasa berberbincang dan bersama dalam mesyuarat, tiada masalah,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya program temu rapat PKR, hari ini.

Anwar berkata demikian menjawab soalan adalah beliau akan bekerjasama dengan Azmin, selepas mereka berdua berperang mulut minggu lalu.

Tambah Anwar, masalah dalaman yang sedang berlaku dalam PKR bukan satu perkara yang besar bagi dirinya.

“Kami sedar dalam mana-mana parti ada masalah. Tetapi apa yang saya pegang ialah semangat konsensus. Masalah-masalah itu tidak besar bagi kami,” jelas Anwar.

Azmin tidak hadir pada permukiman PKR di Port Dickson semalam yang mana beliau dijadualkan menyampaikan ucapan sebagai timbalan presiden PKR.

Anwar yang dilihat kecewa dengan tindakan Azmin itu berkata, beliau sudah menjangkakan timbalannya tidak akan hadir pada permukiman berkenaan.

Selain Azmin, dua naib presiden PKR juga dilihat tidak hadir pada malam ini, iaitu Zuraida Kamaruddin dan Ali Biju, sama seperti pada malam perasmian sebelumnya.

Azmin juga tidak hadir semasa perasmian program oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat malam.

Minggu lalu, dua pemimpin PKR itu dillihat saling membalas kenyataan selepas Anwar menyatakan sekiranya sahih Azmin adalah salah seorang lelaki dalam video seks seperti didakwa bekas ketua pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abd Aziz, beliau perlu meletak jawatan. Jika tidak benar, Azmin tidak perlu bercuti.

Azmin kemudian membalas kenyataan ketuanya itu dengan sinis dan menyatakan Anwar patut cermin dirinya sendiri. 

“Suruh Anwar muhasabah, tengok cermin muka dia dahulu,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.