https://critoxium.com/shop/

Terkini

Saifuddin Dan Mpp Perlu Mainkan Peranan Damaikan Azmin - Anwar

Oleh Mohd Sayuti Omar

Setuju dengan kenyataan daripada Setiausaha Agung Keadilan Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan perbalahan antara Azmin dengan Anwar sebagai lumrah.

Perbalahan itu perkara biasa yang boleh diuruskan oleh parti.

Diharap Saifuddin mengambil inisiatif segera untuk menguruskan perbalahan kedua pemimpin tertinggi itu.

Mungkin sebuah jawatankuasa khas diperingkat MPP boleh ditubuhkan terdiri daripada kolaborasi kedua kumpulan yang berpihak kepada kedua orang itu. 

Seharusnya ada orang yang mengambil peduli untuk menjadi pendamai atau pengurus sengketa itu.

Tidak patut semua menjadi pemerhati sahaja ataupun jadi "pembubuh" nasi tambah kerana ia tidak menguntungkan parti itu.

Awal tadi saya mencadangkan supaya Majlis Presiden PH mengambil peduli kepada perbalahan kedua tokoh itu.

Melihat keadaanya Majlis Presiden PH perlu mengambil peduli. Mungkin untuk langkah awal MPP Keadilan memulakan dahulu.

Saya cadangkan Saifuddin dan Tian Chua sebagai pemimpin yang mengetuai jawatankuasa pendamai itu.

 Dan sekali saya nak katakan kalau keduanya tetap berdegil dan mahu terus bertelagah, kedua-duanya hendaklah diselam air. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.