Anwar sudah jangka Azmin tidak hadir program temurapat
PORT DICKSON: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
sudah menjangkakan ketidakhadiran timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali pada hari kedua Temurapat Majlis Pimpinan Pusat Sesi 2018/2021.
Bagaimanapun jelasnya, kedua-dua pihak sudah membuat kenyataan berhubung isu melibatkan video intim dan ia sudah cukup menghentikan pergeseran antara mereka.
“Kita sudah putuskan tadi, kita sudah bincang, sudahlah. Buat kenyataan yang baik cukuplah.
"Memang sudah jangka. Mereka (beri) kenyataan (pun) sudah baik,”
katanya kepada media selepas Temurapat Majlis Pimpinan Pusat 2018/2021
di sini pada malam Sabtu.
Ditanya mengapa beliau seakan cuba mengelak soalan wartawan mengenai ketidakhadiran Azmin, ini jawapan beliau: “Kami sudah buat kenyataan dah sudahlah. Asyik muka saya saja muka depan suratkhabar."
Mengenai ketidakhadiran Zuraida Kamaruddin pada temurapat itu, Anwar berkata beliau sedia menerima alasan Naib Presiden PKR itu yang dikatakan mempunyai urusan rasmi.
Bagaimanapun jelasnya, kedua-dua pihak sudah membuat kenyataan berhubung isu melibatkan video intim dan ia sudah cukup menghentikan pergeseran antara mereka.
“Kita sudah putuskan tadi, kita sudah bincang, sudahlah. Buat kenyataan yang baik cukuplah.
Ditanya mengapa beliau seakan cuba mengelak soalan wartawan mengenai ketidakhadiran Azmin, ini jawapan beliau: “Kami sudah buat kenyataan dah sudahlah. Asyik muka saya saja muka depan suratkhabar."
Mengenai ketidakhadiran Zuraida Kamaruddin pada temurapat itu, Anwar berkata beliau sedia menerima alasan Naib Presiden PKR itu yang dikatakan mempunyai urusan rasmi.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.