Bubar Parlimen, Lawak Jenaka Pas
PH Kelantan hari ini menyifatkan gesaan PAS supaya parlimen
dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15)
berlangsung lebih awal sebagai lawak jenaka.
Pengerusi PH Kelantan Husam Musa berkata PRU14 baharu sahaja berlalu setahun yang lepas dan pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun baharu sahaja diluluskan di parlimen.
"Gesaan (Timbalan Presiden PAS) Tuan Ibrahim (Tuan Man) itu lawak jenaka dan tiada benda lain nak cakap.
"Jadi kita cadangkan kerajaan Kelantan dan Terengganu (pimpinan PAS) perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu jika mereka mahukan pilihan raya secepat mungkin.
"Kita
akan lihat jika PAS boleh menang besar, baru kita bubar parlimen,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sepakat @ Komuniti
dan Sambutan Setahun Malaysia Baharu peringkat negeri di Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Sering di Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Hadir sama Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Kelantan Lim Ann Teck (he) dan Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan Abu Hanipah @ Fauzi Zahari dan Pengetua SMK Sering Mohd Saudi Abd Rahman.
Semalam, Tuan Ibrahim dilaporkan sebagai menggesa PH membubarkan segera Parlimen kerana terbukti gagal memastikan kestabilan politik dan keharmonian dalam negara.
Ditanya mengenai kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang dikatakan 'tiada selera' untuk menerima pelawaan PH bagi menyertai mereka, Husam yang juga Naib Presiden Amanah berkata parti itu perlu 'makan supplement dan vitamin'.
"Kadang-kadang kita tidak berapa sihat, jadi memang kurang selera. Saya harap PAS lebih banyak makan 'supplement' dan vitamin supaya selera terbuka," katanya.
- Bernama
Pengerusi PH Kelantan Husam Musa berkata PRU14 baharu sahaja berlalu setahun yang lepas dan pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun baharu sahaja diluluskan di parlimen.
"Gesaan (Timbalan Presiden PAS) Tuan Ibrahim (Tuan Man) itu lawak jenaka dan tiada benda lain nak cakap.
"Jadi kita cadangkan kerajaan Kelantan dan Terengganu (pimpinan PAS) perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu jika mereka mahukan pilihan raya secepat mungkin.
Hadir sama Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Kelantan Lim Ann Teck (he) dan Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan Abu Hanipah @ Fauzi Zahari dan Pengetua SMK Sering Mohd Saudi Abd Rahman.
Semalam, Tuan Ibrahim dilaporkan sebagai menggesa PH membubarkan segera Parlimen kerana terbukti gagal memastikan kestabilan politik dan keharmonian dalam negara.
Ditanya mengenai kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang dikatakan 'tiada selera' untuk menerima pelawaan PH bagi menyertai mereka, Husam yang juga Naib Presiden Amanah berkata parti itu perlu 'makan supplement dan vitamin'.
"Kadang-kadang kita tidak berapa sihat, jadi memang kurang selera. Saya harap PAS lebih banyak makan 'supplement' dan vitamin supaya selera terbuka," katanya.
- Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.