Belum mansuh, Akta Hasutan jadi ‘jalan terakhir’, kata peguam negara
KUALA LUMPUR, 12 Julai — Akta Hasutan akan terus diguna pakai
sehingga Jemaah Menteri mengarahkan akta itu dihalang penggunaannya atau
dipinda, kata Peguam Negara.
Tommy Thomas berkata akta itu akan digunakan bagi “kes yang bersesuaian” sebagai “jalan terakhir” setelah meneliti peruntukan dalam akta alternatif seperti Kanun Keseksaan, lapor Utusan Onlline.
“Ini
adalah kerana Akta Hasutan adalah undang-undang yang sah, dan tidak
boleh diketepikan langsung. Perkara tersebut hanya boleh berlaku
sekiranya Akta Hasutan dibatalkan oleh Parlimen,” katanya.
Menurutnya lagi, akta tersebut dipakai untuk mengimbangi kes menyalahgunakan kebebasan bersuara susulan peningkatan ucapan berunsur kebencian selepas pilihan raya umum ke-14.
Thomas
mengakui akta parlimen itu mahu dimansuhkan berdasarkan manifesto
pilihan raya umum Pakatan Harapan namun tiada keputusan Kabinet agar
dimansuhkan atau dipinda setakat ini.
Beliau mengulas pendakwaan terhadap penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin yang dituduh di bawah Akta Hasutan kerana menerbitkan kata-kata bersifat menghina Sultan Selangor.
Tommy Thomas berkata akta itu akan digunakan bagi “kes yang bersesuaian” sebagai “jalan terakhir” setelah meneliti peruntukan dalam akta alternatif seperti Kanun Keseksaan, lapor Utusan Onlline.
Menurutnya lagi, akta tersebut dipakai untuk mengimbangi kes menyalahgunakan kebebasan bersuara susulan peningkatan ucapan berunsur kebencian selepas pilihan raya umum ke-14.
Beliau mengulas pendakwaan terhadap penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin yang dituduh di bawah Akta Hasutan kerana menerbitkan kata-kata bersifat menghina Sultan Selangor.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.