Khairy ‘tiba-tiba’ tidak gembira Najib jadi penasihat BN
KUALA LUMPUR,— Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin
berasa tidak gembira selepas Datuk Seri Najib Razak dilantik pengerusi
Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN).
“Tiba-tiba saya berasa tidak gembira di mana saya sekarang,” kata bekas ketua Pemuda Umno tanpa mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Bekas menteri belia dan sukan berkata demikian selepas ditanya wartawan berhubung pelantikan tersebut yang dibuat semalam.
Khairy sebelum ini berkata beliau kekal dalam parti pembangkang walau ketua pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengajaknya menyertai parti pemerintah.
“Saya gembira di mana saya berada sekarang,” kata Khairy mengulas pelawaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kelmarin.
“Tiba-tiba saya berasa tidak gembira di mana saya sekarang,” kata bekas ketua Pemuda Umno tanpa mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Khairy sebelum ini berkata beliau kekal dalam parti pembangkang walau ketua pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengajaknya menyertai parti pemerintah.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.