Pembangkang sokong keengganan Takiyuddin isytihar harta
AHLI Parlimen pembangkang bersama-sama menyatakan pendirian mereka
untuk tidak menyokong usul bagi memaksa semua ahli Parlimen
mengisytiharkan harta ketika Takiyuddin Hassan membahaskan usul itu.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata usul berkenaan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghukum sesiapa yang tidak mengisytiharkan harta.
Setiausaha agung parti Islam itu berkata, Speaker Mohamad Ariff Md Yusof yang dipetik sebagai berkata, beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap ahli Parlimen yang ingkar.
Takiyuddin memberitahu, walaupun beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana tindakan disiplin ia tidak menyatakan secara jelas tindakan boleh diambil terhadapnya.
“Ini adalah janggal dan oleh itu saya bertindak untuk menolaknya. Saya tidak akan mengisytiharkan dan menjadi yang pertama menentang usul ini,” katanya kepada dewan.
Ia kemudiannya disambut dengan sokongan seluruh blok pembangkang yang berdiri untuk menyokongnya.
Usul itu mencadangkan sesiapa yang gagal mengisytiharkan aset mereka akan dibawa ke Jawatankuasa Pemilih bagi Hak dan Keistimewaan.
Bagaimanapun, ahli Parlimen yang membuat pengisytiharan palsu akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3 Akta Akuan Berkanun dan Seksyen 193 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda.
Terdahulu hari ini, usul berkenaan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong, yang menyatakan usul itu berdasarkan prinsip ketelusan dan akauntabiliti.
Beliau mengakui bahawa buat masa ini tiada undang-undang untuk memaksa ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka, namun berharap semua pihak dapat mematuhinya.
“Pengakuan Berkanun akan dihantar kepada Yang di-Pertua dalam masa tiga bulan daripada tarikh usul ini dipersetujui dan dilampirkan kepada ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Senarai ahli Dewan Rakyat yang telah mengisytiharkan harta akan disiarkan di portal SPRM, dan hanya butiran pengisytiharan harta ahli terbabit akan disiarkan di portal berkenaan untuk tempoh tiga bulan daripada tarikh penerimaan Pengakuan Berkanun daripada SPRM,” kata Liew kepada semua ahli Parlimen.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.