Ahli parlimen tidak perlu takut isytihar harta, kata pemerhati
AHLI politik tidak perlu bimbang untuk mengisytiharkan harta dan
pendapatan mereka kerana ia pilihan mereka untuk menjadi penjawat awam
dan mereka perlu sanggup untuk kemewahan mereka menjadi tumpuan umum,
kata Presiden Transparency International Muhammad Mohan.
Beliau menolak dakwaan beberapa ahli politik yang enggan mengisytiharkan aset dan pendapatan mereka kerana ia bersifat peribadi atau bimbang menjadi sasaran penjenayah.
“Tiada apa yang perlu dibimbangkan sekiranya kamu bekerja keras dan mendapat kekayaan secara jujur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu susulan daripada pengumuman Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa Putrajaya akan membentangkan usul di Parlimen hari ini untuk mewajibkan semua ahli Parlimen dan keluarga mereka mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Sehubungan itu, Mohan menyifatkan rancangan kerajaan persekutuan bagi mewajibkan semua ahli Parlimen mengisytiharkan harta, termasuk dari kalangan pembangkang sebagai keputusan yang baik untuk akauntabiliti dan ketelusan.
Setakat ini, hanya ahli Parlimen Pakatan Harapan yang telah mengisytiharkan harta dan pendapatan mereka kepada SPRM.
Tambahnya, ahli Parlimen tidak perlu menunggu untuk undang-undang diluluskan bagi memaksa mereka mengisytiharkan harta.
Tindakan kerajaan untuk bentangkan usul hari ini dan menggesa ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak menyokong usul ini adalah sebagai langkah pertama.
Muhammad berkata, beliau berharap langkah seterusnya adalah untuk melaksanakan undang-undang itu agar ahli politik lebih telus dan berakauntabiliti

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.