Rayuan BSH 2019 dibuka bermula 1 Julai sehingga 15 Ogos 2019
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan akan membuka tempoh rayuan bagi Program Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019.
Tempoh rayuan itu akan dibuka mula hari ini sehingga 15 Ogos 2019.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kementerian
berkenaan memaklumkan proses itu akan memberi ruang kepada mereka yang
tidak layak sebelum ini mengemukakan rayuan.
Mereka yang mahu merayu perlu membawa bersama dokumen berkaitan untuk proses pengesahan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Permohonan rayuan boleh dibuat secara atas talian di portal BSH, bsh.hasil.gov.my atau hadir ke mana-mana cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Tempoh rayuan itu akan dibuka mula hari ini sehingga 15 Ogos 2019.
Mereka yang mahu merayu perlu membawa bersama dokumen berkaitan untuk proses pengesahan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Permohonan rayuan boleh dibuat secara atas talian di portal BSH, bsh.hasil.gov.my atau hadir ke mana-mana cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.