Pulau Pinang diiktiraf tempat berpantai kelapan terbaik dunia
GEORGE TOWN, 19 Julai — Pulau Pinang sekali lagi mendapat
pengiktirafan dunia apabila disenarai sebagai antara 10 tempat berpantai
paling bernilai.
Portal antarabangsa International Living menyenaraikan negeri itu pada tempat kelapan terbaik untuk dikunjungi atau didiami, kerana “mesra poket” berdasarkan standard global, lapor Star Online.
“Secara budayanya, tempatnya sangat mengagumkan dengan
campuran budaya dan makanan yang dianggap sebagai terbaik di seluruh
Asia Tenggara,” katanya.
“Penduduknya hanya lebih kurang 700,000 dengan majoritinya tinggal di ibu kota, George Town. Ia bukan sebuah bandar yang sibuk seperti Kuala Lumpur tetapi mempunyai semua keselesaan sebagai tempat tinggal.”
Mereka
juga menyatakan Pulau Pinang memiliki makanan lazat dan selamat kepada
warga asing, malah ia didapati dengan hanya kurang dari RM20.56.
Bagi
pasangan suami, isteri, portal itu menyebut mereka boleh menyewa dan
hidup dengan baik dengan hanya AS$1,455 (RM5,982.23) sebulan.
International Living yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah majalah bulanan yang memberi tumpuan kepada tempat pilihan selepas bersara.
Portal antarabangsa International Living menyenaraikan negeri itu pada tempat kelapan terbaik untuk dikunjungi atau didiami, kerana “mesra poket” berdasarkan standard global, lapor Star Online.
“Penduduknya hanya lebih kurang 700,000 dengan majoritinya tinggal di ibu kota, George Town. Ia bukan sebuah bandar yang sibuk seperti Kuala Lumpur tetapi mempunyai semua keselesaan sebagai tempat tinggal.”
International Living yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah majalah bulanan yang memberi tumpuan kepada tempat pilihan selepas bersara.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.