Rakyat beri mandat baiki apa yang sudah rosak , soal PM
PORT DICKSON, 20 Julai — Semua pemimpin komponen Pakatan Harapan (PH)
diingatkan agar berhenti bertelingkah demi merebut kuasa, kata Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Bercakap di pemukiman PKR di sini malam tadi, perdana menteri menegaskan PH perlu memberi fokus memperbetulkan kesalahan pentadbiran lalu, lapor Berita Harian.
“Kuasa yang diamanahkan oleh rakyat kepada kita adalah
untuk memperbaiki apa yang sudah rosak dan memperbetulkan apa yang
salah, tidak lebih dan tidak kurang dari itu.
“Kita juga perlu tanya kepada diri kita apakah kita akan terus mendapat mandat rakyat jika mereka melihat kita terus bertelagah kerana berebut kuasa,” kata pengerusi PH.
Beliau
juga mahu PH bekerja keras memajukan negara dan mempermudahkan hidup
rakyat dengan merencanakan satu hala tuju jangka masa panjang dan bukan
bermusim.
Katanya,
Wawasan 2020 “agak tersasar”, justeru beliau bercadang agar wawasan
baharu yang diperkenalkan membawa negara dan rakyat ke tahap kehidupan
lebih baik.
“Ia memerlukan anjakan paradigma dan kita berasa perlu untuk memperkenalkan Wawasan Kemakmuran Bersama bagi mewujudkan rakyat yang bersatu tanpa prasangka,” katanya.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan setiausaha agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Bercakap di pemukiman PKR di sini malam tadi, perdana menteri menegaskan PH perlu memberi fokus memperbetulkan kesalahan pentadbiran lalu, lapor Berita Harian.
“Kita juga perlu tanya kepada diri kita apakah kita akan terus mendapat mandat rakyat jika mereka melihat kita terus bertelagah kerana berebut kuasa,” kata pengerusi PH.
“Ia memerlukan anjakan paradigma dan kita berasa perlu untuk memperkenalkan Wawasan Kemakmuran Bersama bagi mewujudkan rakyat yang bersatu tanpa prasangka,” katanya.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan setiausaha agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.