Serap guru Kafa ke jawatan tetap pada peringkat akhir
KUANTAN, 14 Julai — Usaha menyerap guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain
(Kafa) ke skim perjawatan tetap, kini berada di peringkat akhir, kata
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.
Katanya kertas kerja cadangan mengenainya telahpun disiapkan dan pihaknya kini sedang dalam usaha mendapatkan maklum balas, selain berunding dengan mereka yang berkepentingan dalam isu tersebut.
"Rundingan
melibatkan aspek pelaksanaan dan pada Isnin ini, kita juga akan
berbincang dengan ahli Parlimen," katanya selepas merasmikan Pameran
Malaysia Baharu bersempena Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat
Pahang 2019 anjuran Jabatan Penerangan di sini, semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid dan Pengarah Jabatan Penerangan Pahang Mohd Salmun Mustafa.
Media
sebelum ini melaporkan cadangan lantikan guru Kafa ke skim perjawatan
tetap itu dijangka dibentangkan ke Kabinet pada Julai, dengan jangkaan
akan dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada tahun hadapan.
Dianggarkan terdapat 31,460 orang guru Kafa bertaraf kontrak berkhidmat di 5,609 premis Kafa seluruh negara ketika ini.
Sementara itu Fuziah berkata pertandingan pengisahan kenegaraan yang melibatkan generasi muda khususnya pelajar sekolah dapat meningkatkan jati diri dan semangat patriotik dalam diri mereka.
"Peserta juga berpeluang menjelaskan nilai positif dalam menghargai pengorbanan tokoh negara kepada masyarakat, dan mengambil teladan daripada sejarah untuk sama-sama membantu mempertahankan kedaulatan negara," katanya.
Program yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, itu turut memberi peluang kepada agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia membuka ruang pameran bagi mendekati masyarakat dan golongan sasar.
Kumpulan Pewaris Bangsa dari Lipis dinobatkan sebagai juaran pertandingan pengisahan kenegaraan peringkat Pahang tahun ini, dan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala iringan selain akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
Mereka menewaskan 10 kumpulan lain, dengan tempat kedua dimenangi pasukan Anak Warisan Timur dari Raub, manakala kumpulan Kirana Jauhari yang mewakili Pekan menduduki tempat ketiga. — Bernama
Katanya kertas kerja cadangan mengenainya telahpun disiapkan dan pihaknya kini sedang dalam usaha mendapatkan maklum balas, selain berunding dengan mereka yang berkepentingan dalam isu tersebut.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid dan Pengarah Jabatan Penerangan Pahang Mohd Salmun Mustafa.
Dianggarkan terdapat 31,460 orang guru Kafa bertaraf kontrak berkhidmat di 5,609 premis Kafa seluruh negara ketika ini.
Sementara itu Fuziah berkata pertandingan pengisahan kenegaraan yang melibatkan generasi muda khususnya pelajar sekolah dapat meningkatkan jati diri dan semangat patriotik dalam diri mereka.
"Peserta juga berpeluang menjelaskan nilai positif dalam menghargai pengorbanan tokoh negara kepada masyarakat, dan mengambil teladan daripada sejarah untuk sama-sama membantu mempertahankan kedaulatan negara," katanya.
Program yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, itu turut memberi peluang kepada agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia membuka ruang pameran bagi mendekati masyarakat dan golongan sasar.
Kumpulan Pewaris Bangsa dari Lipis dinobatkan sebagai juaran pertandingan pengisahan kenegaraan peringkat Pahang tahun ini, dan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala iringan selain akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
Mereka menewaskan 10 kumpulan lain, dengan tempat kedua dimenangi pasukan Anak Warisan Timur dari Raub, manakala kumpulan Kirana Jauhari yang mewakili Pekan menduduki tempat ketiga. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.