https://critoxium.com/shop/

Terkini

Islam Lemah Di Bawah PH


Dalam tengah memandu uber nak hantar Ustaz ke airport dengan tiba-tiba Ustaz panik dengan berkata:

Ustaz: Ana rasa kereta ini tidak selamat.

Saya : Baik Ustaz, tak selamat dekat mana, Ustaz kena tunjuk.


Ustaz: Kereta ini tidak selamat! Enta kena berhentikan kereta ini

Saya : Saya faham ustaz kata tak selamat. Memang kereta ini kereta lama, 62 tahun. Owner dulu dia tak maintenance. Di lanyak tak service. Ni saya baharu habis 2 ribu overhaul enjin. Air-con memang kurang sejuk.

Ustaz: Itu bunyi apa macam cencorot tu? Mesti bunyi tayar nak meletup.

Saya : Bukan ustaz, itu bunyi absober, memang dalam rancangan saya nak tukar, tapi ada benda yang lagi penting. Pomen kata masih boleh pakai

Ustaz : Ana kata tak selamat. Turunkan ana di sini

Saya terus berhenti kecemasan dan semua keluar dari kereta

Saya : Baik ustaz, sekarang dah berhenti. Jadi apa yang ustaz cadangkan nak bagi kereta ini selamat?

Ustaz : Ana tak tau tapi Enta kena bakar kereta ini sebab tak selamat. Kalau tak bakar enta munafik.

Saya : ( Dah la baru habis RM2000, di tanya apa yang rosak tak tahu, tanya apa yang kena ganti pun tak boleh jawap. Tiba-tiba dapat munafik)

-------------------------------------
Kalau ini lah necara kemunafikan seseorang hanya kerana berbeza pendapat dan menggunakan akal yang Allah bagi, biarlah saya tetap dengan pendirian saya, akan saya adukan pada penguasa segala Hakim di alam abadi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.