Menteri Kewangan Lim Guan Eng menafikan mesyuarat Perdana Menteri Dr
Mahathir Mohamad bertemu dengan jemaah menteri semalam adalah untuk
membincangkan rombakan kabinet.
Sebaliknya, kata beliau mesyuarat mingguan kabinet itu adalah untuk membincangkan urusan kerajaan.
“Mungkin saudari rujuk dengan perjumpaan Tun (Dr Mahathir) dengan menteri-menteri kerajaan semalam.
“Itu
adalah berkaitan dengan urusan kerajaan , tak ada kaitan dengan apa
yang disebut saudari tadi, ini tak dibincangkan,” katanya pada sidang
akhbar di Putrajaya hari ini selepas mesyuarat kumpulan fokus Belanjawan
2020 perumahan mampu milik.
Lim berkata tidak pernah ada perbincangan mengenai rombakan kabinet sebelum ini.
"Bukan hanya semalam, tetapi sebelum ini pun tidak pernah dibangkitkan," katanya.
Lim,
yang juga setiauasha agung DAP turut menafikan bahawa partinya ada
menyerahkan senarai calon menteri baru DAP kepada perdana menteri.
Katanya, perkara itu tidak benar sama sekali.
“Dari
pihak DAP senarai adalah kekal seperti yang sedia ada, kami tidak
hantar sebarang nama baru. Perkara ini (rombakan kabinet) adalah di
bawah kuasa Perdana Menteri.
“Dr Mahathir sudah jawap banyak
kali, saya harap kamu semua (wartawan) boleh rujuk apa yang perdana
menteri jawap sebelum ini. Saya bukan perdana menteri,” katanya
Spekulasi bertiup kencang bahawa kononnya Dr Mahathir ada membincangkan perkara itu
dengan Lim dan Presiden Amanah Mohamad
Sabu.
Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Zuraida Kamaruddin yang hadir pada sidang akhbar yang sama juga
menyangkal bahawa hal rombakan kabinet tidak dibangkitkan dalam
mesyuarat semalam.
Lim, Zuraida nafi mesyuarat bincang rombakan kabinet
Reviewed by editorreformis
on
Ogos 22, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
KIRA-KIRA tiga hari sebelum hari pengundian, bahang kerancakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 semakin terasa. Pada saat ini, k...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.