Agenda terancang DAP disebalik Penyatuan Ummah
KOMPOSISI orang
Melayu Islam dianggarkan sekitar 69 peratus daripada 33 juta penduduk di
Malaysia. Jumlah yang besar ini harus disatukan terlebih dahulu dengan
acuan Islam sebelum mengorak langkah membina peradaban baharu di negara
ini. Dari segi politik pilihan raya, jumlah pengundi Melayu yang
mengundi PAS dan Umno dalam PRU14 yang lalu adalah sekitar 70 peratus.
Sekiranya jumlah ini digembleng secara positif, maka satu perubahan yang lebih baik akan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.
Sekiranya jumlah ini digembleng secara positif, maka satu perubahan yang lebih baik akan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.
PAS optimis penyatuan Melayu dengan
acuan Islam mampu menstabilkan politik dan melonjakkan negara ke arah
mercu yang lebih gemilang. Kekuatan politik Melayu juga akan menjadi
benteng yang ampuh untuk mempertahankan tiang seri negara seperti yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan seperti Islam Agama Persekutuan, Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Hak Keistimewaan Orang Melayu dan
Bumiputera.
PAS juga ingin menegaskan bahawa
penyatuan Melayu dengan acuan Islam tidak sesekali mengabaikan kaum lain
untuk menganut agama pilihan mereka, menuturkan bahasa ibunda mereka
dan menafikan hak ekonomi mereka. Perkara ini jelas dijamin dalam
peruntukan Perlembagaan dan tidak berubah. Penyatuan Melayu sebagai kaum
majoriti mesti diposisikan dengan baik. Hal ini bukan hanya untuk
kepentingan politik pilihan raya, tetapi untuk kesejahteraan kedaulatan
negara.
PAS mahu mengingatkan DAP dan Pakatan Harapan supaya tidak mempamerkan dakyah ‘bogeyman’
dengan melabelkan penyatuan ummah sebagai klepto-teokrasi, talibanisme,
rasisme dan ekstremisme. Walhal, pada masa yang sama DAP begitu rancak
mempromosi ‘The Kingdom of God’ dan ‘The Jesus Manifesto’
seperti yang diungkapkan oleh YB Steven Sim Chee Keong (Timbalan
Menteri Belia dan Sukan, Ahli Parlimen Bukit Mertajam - DAP) dalam forum
Naratif Malaysia Baharu yang diadakan di Kota Damansara, 14 September
lalu.
Apa yang diperjuangkan oleh PAS dan
Umno adalah penyatuan ummah yang lebih inklusif dengan mengutamakan
perpaduan orang Melayu dan Islam tanpa prejudis terhadap kaum lain. Ia
selaras dengan tuntutan Islam, Perlembagaan dan konteks sejarah dan
kepentingan semasa. Bagaimana pula dengan DAP? Adakah agenda
kristianisasi dalam politik Malaysia satu tindakan yang wajar? PAS
menggesa pihak polis menyiasat penganjuran dan kandungan forum tersebut
bagi mengelakkan kecelaruan dalam kalangan rakyat.
Sekian, terima kasih.
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)
18 Muharram 1441 | 18 September 2019
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.