Menghayati signifikan Hari Malaysia
Oleh Bartholomew Chan
Hari ini, kita menyambut Hari Malaysia.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia ketika itu.
Bersempena dengan hari yang signfikan ini, apakah sumbangan kita
sebagai rakyat bagi memastikan Hari Malaysia menjadi lebih bermakna?
Ataupun kita sebenarnya tidak acuh tak acuh dan tidak mengendahkan
langsung apa yang berlaku di sekeliling kita?
Bagi menguji tahap patriotisme seseorang, barangkali soalan-soalan seperti yang tertera di bawah harus dijawab dengan penuh kejujuran:
Jika jawapan yang diberikan adalah TIDAK atau negatif kepada semua
soalan yang dikemukakan, negara berkemungkinan berhadapan dengan satu
situasi di mana jati diri dalam kalangan rakyat kian luntur.
Jika inilah keadaannya pada tahun atau dekad mendatang, tidak mustahil satu hari nanti, sekiranya berlaku sesuatu krisis nasional, tidak ada kalangan rakyat yang sukarela tampil untuk membantu.
Ingatlah Malaysia adalah Tanah Tumpah Darah kita semua. Di sini kita
dilahirkan dan di sini jugalah kita menghembuskan nafas terakhir apabila
tiba masa nanti.
Jatuh bangun serta kekuatan sesebuah negara tidak hanya terletak pada kekuatan ekonomi semata-mata tetapi juga daripada aspek perpaduan serta keutuhan rakyatnya.
Pada masa yang sama, janganlah sesekali menganggap Hari Malaysia seperti hari-hari kebiasaan
Hari ini, kita menyambut Hari Malaysia.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia ketika itu.
Bagi menguji tahap patriotisme seseorang, barangkali soalan-soalan seperti yang tertera di bawah harus dijawab dengan penuh kejujuran:
- Sudahkah anda mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cinta dan kasih kepada negara tercinta?
- Apakah anda faham dan mengerti mengenai konsep kenegaraan?
- Sejauhmanakah pemahaman anda mengenai lima prinsip Rukun Negara yang menjadi teras utama kepada keharmonian negara selama ini?
- Bilakah kali terakhir anda bangun dan berdiri tegak apabila terdengar lagu Negaraku berkemundang? Ataupun anda sebenarnya segan untuk berdiri ketika lagu berkenaan dimainkan?
- Sejauhmanakah anda sanggup dan berani untuk mengorbankan apa sahaja baik daripada aspek tenaga, jiwa mahupun material demi negara yang tercinta?
Jika inilah keadaannya pada tahun atau dekad mendatang, tidak mustahil satu hari nanti, sekiranya berlaku sesuatu krisis nasional, tidak ada kalangan rakyat yang sukarela tampil untuk membantu.
Jatuh bangun serta kekuatan sesebuah negara tidak hanya terletak pada kekuatan ekonomi semata-mata tetapi juga daripada aspek perpaduan serta keutuhan rakyatnya.
Pada masa yang sama, janganlah sesekali menganggap Hari Malaysia seperti hari-hari kebiasaan
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.