Cuti umum Hari Keputeraan Agong wajib diberi kepada pekerja
KUALA LUMPUR: Cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang
di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
pada 9 Sept adalah antara lima cuti umum yang wajib diberikan kepada
pekerja.
Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan hari ini menyebut bahawa perkara itu ditetapkan mengikut seksyen 60D(1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 dan tidak boleh digantikan kepada tarikh lain.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan timbul kekeliruan dalam kalangan
masyarakat khususnya majikan dan pekerja sektor swasta berkaitan cuti am
sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas
dan Hari Keputeraan Baginda pada 9 Sept ini.
Kementerian itu memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan 30 Julai sebagai hari kelepasan am tambahan sempena majlis pertabalan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, dan cuti itu diisytiharkan di bawah seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Cuti ini adalah cuti umum yang
diperuntukkan kepada pekerja swasta menurut seksyen 60D (1)(b) Akta
Kerja 1955. Berdasarkan peruntukan ini, majikan boleh menggantikan cuti
umum kepada pekerjanya. Dalam hubungan itu, majikan dikehendaki
memberitahu pekerjanya sama ada majikan memilih tarikh 30 Julai 2019
sebagai cuti umum atau menggantikan ke tarikh lain dalam tahun ini
juga," katanya.
Menurut kenyataan itu, sekiranya tiada penggantian dibuat, pekerja yang bekerja pada tarikh itu hendaklah dibayar kadar gaji cuti umum.
-- BERNAMA
Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan hari ini menyebut bahawa perkara itu ditetapkan mengikut seksyen 60D(1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 dan tidak boleh digantikan kepada tarikh lain.
Kementerian itu memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan 30 Julai sebagai hari kelepasan am tambahan sempena majlis pertabalan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, dan cuti itu diisytiharkan di bawah seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Menurut kenyataan itu, sekiranya tiada penggantian dibuat, pekerja yang bekerja pada tarikh itu hendaklah dibayar kadar gaji cuti umum.
-- BERNAMA
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.