Jerebu makin teruk, pakar saran pakai topeng N95
KUALA LUMPUR, — Orang ramai dinasihatkan menggunakan topeng
jenis N95 untuk perlindungan daripada kesan jerebu yang semakin buruk
yang kini melanda sebahagian negara ini, kata seorang pakar runding
kanan pediatrik.
Datuk Dr Amar Singh HSS berkata topeng jenis N95 mampu menapis sekurang-kurangnya 95 peratus daripada partikel yang berukuran 0.3 mikron dan ia lebih berkesan sekiranya dipakai dengan sempurna mengikut ukuran muka pemakainya.
Katanya topeng muka pembedahan yang banyak digunakan
orang ramai sekarang sebenarnya tidak memberi perlindungan sempurna
daripada jerebu.
“Topeng pembedahan tiga lapis (biasanya hijau atau biru dan lebih tebal) tidak mampu menapis gas toksik dan partikel halus yang berukuran tidak melebihi 2.5 mikron dan ia mungkin mampu memberi perlindungan daripada partikel yang lebih besar yang menyebabkan kegatalan, dan oleh itu ia mungkin berguna untuk kegiatan di luar bangunan seperti berbasikal.
“Adalah
penting untuk kita mengetahui bahawa bahan-bahan yang memberi
kemudaratan dalam asap yang kita hidu, yang mengandungi gas-gas toksik
dan partikel-partikel yang sangat kecil, kebanyakannya berukuran bawah
2.5 mikron,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau
berkata analisis kualiti udara menunjukkan bahawa bahan kimia yang
dihidu seseorang termasuk ozon, karbon monoksida, sianida, ammonia,
formaldehid, acrolein dan benzene, sesetengahnya boleh memberi kesan
karsinogenik jangka panjang.
“Bahan partikel ultra halus (2.5 mikron atau kurang) seringkali melekat dalam paru-paru yang memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada penyakit kardiovaskular dan pulmonari,” katanya.
“Bagaimanapun, topeng N95 menyebabkan ketidakselesaan jika digunakan untuk tempoh masa lama kerana ia boleh menyebabkan kita lebih sukar bernafas, mengurangkan jumlah udara yang disedut dan menimbulkan rasa tidak selesa.
“Baru-baru ini terdapat cadangan supaya dibuat tingkap kecil pada topeng itu untuk memudahkan kanak-kanak bernafas, tetapi itu akan menggagalkan fungsinya. Topeng N95 tidaklah terlalu murah dan ia perlu kerap ditukar,” katanya.
Beliau berkata berbanding topeng pembedahan, apabila ia menjadi lembap atau pengguna batuk atau bersin, ia tidak lagi berkesan kerana ia hanya boleh bertahan paling lama selama 30-60 minit, jadi ia perlu diganti dengan sangat kerap.
Beliau berkata topeng yang diperbuat daripada kain adalah tidak digalakkan sebagai perlindungan daripada jerebu tetapi ramai yang menggunakannya disebabkan ia murah dan boleh dibasuh serta diguna semula.
“Beberapa kajian menunjukkan ia biasanya tidak berkesan untuk partikel berukuran 2.5 mikron ke bawah dan ia mudah basah serta meningkatkan risiko mendapat jangkitan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata topeng jenis N95 paling berkesan untuk kegunaan ketika berjerebu dan habuk namun demikian tidak direka untuk kanak-kanak.
“Selain itu, pemakaian sempurna adalah sukar bagi mereka yang berjanggut atau berjambang,” katanya dalam kenyataan.
Penggunaan penutup tiga lapis dialu-alukan jika tiada N95, berbanding tidak memakai langsung perlindungan ketika aktiviti luar.
Jerebu yang berada pada paras sangat tidak sihat boleh menyebabkan gangguan seperti, batuk, selsema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru.
Justeru, Dr Noor Hisham menyarankan orang ramai supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa jerebu dan menyemak IPU di lokaliti masing-masing di portal Jabatan Alam Sekitar, http://apims.doe.gov.my/.
Maklumat pencegahan kesan kesihatan akibat jerebu pula boleh diperoleh di http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Siti Shahara Zulfakar pula menasihatkan mereka yang bekerja di luar bangunan dan terdedah kepada persekitaran udara berjerebu ketika ini supaya memakai topeng muka yang bersesuaian bagi melindungi kesihatan sistem pernafasan masing-masing.
Beliau berkata terdapat dua jenis topeng muka dijual di pasaran iaitu jenis topeng muka pembedahan atau ‘surgical mask’ dan topeng muka jenis N95.
“Individu yang bekerja di luar bangunan seperti pekerja buruh binaan dan penghantar makanan bermotosikal dinasihatkan tidak mengambil mudah pemakaian topeng muka ini kerana rata-rata mereka dilihat hanya memakai ‘surgical mask’ yang tidak dapat melindungi pemakai daripada ancaman jerebu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Dr Siti Shahara berkata topeng muka jenis N95 yang telah dipakai selama 8 hingga ke 10 jam hendaklah ditukar bagi memastikan ia bersih serta dapat menapis bahan tercemar dalam udara dengan berkesan.
Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) Amrahi Buang pula berkata orang ramai perlu peka dengan keadaan persekitaran dan celik terhadap perubahan cuaca serta maklumat yang disampaikan berkaitan cuaca menerusi pelbagai paltform.
“Orang ramai perlu bersifat ‘celik kesihatan’ dan sebenarnya mereka boleh mengambil tindakan sendiri dalam aspek keselamatan kesihatan dengan memakai topeng muka ketika berada di luar bangunan.
“Selain itu, majikan juga boleh mengambil inisiatif menyediakan topeng muka kepada pekerja yang bekerja di luar bangunan terutama pada musim jerebu ini,” katanya.
Sementara itu, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) PMCare Sdn Bhd mengambil inisiatif untuk mengedarkan topeng muka tiga lapis di tempat-tempat awam hari ini.
Pertubuhan itu akan mengedarkan 5,000 topeng setiap hari bagi tempoh sekurang-kurangnya lima hari untuk memberi perlindungan kepada orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam.
Pengarah eksekutifnya Amran Mahzan berkata mereka telah memantau secara dekat keadaan itu sejak beberapa hari lepas dan kini berada dalam keadaan bersiap sedia untuk bertindak sekiranya keadaan bertukar menjadi lebih buruk.
Pengedaran topeng muka yang bermula selepas solat Jumaat hari ini adalah kepada penunggang motosikal dan orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam kerana mereka berada di luar bangunan untuk tempoh masa yang lebih lama selain mereka yang bekerja di luar bangunan seperti pekerja pembersih jalan, staf plaza tol dan pekerja perkhidmatan mengutip sampah.
Untuk tempoh beberapa hari, 10 kakitangan dan sukarelawan akan ditempatkan di stesen-stesen kereta apai yang mempunyai ramai penumpang seperti di Stesen Masjid Jamek, Stesen Sentral, Pasar Seni dan di stesen-stesen lain lain untuk mengedarkan topeng-topeng, katanya. — Bernama

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.