Kerjasama Umno-PAS mampu goyahkan PH
Oleh Syahmi Minhad
Nampaknya, selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Umno sudah banyak belajar daripada kesilapan lalu.
Pasca PRU14 pada awalnya menunjukkan bahawa Umno akan ‘terkubur’ dan lenyap daripada landskap politik negara.
Ditambah pula dengan sebahagian daripada pemimpin
utamanya keluar parti dan menyertai blok Pakatan Harapan (PH),
menyebabkan keadaan Umno menjadi amat goyah.
Ramai penganalisis politik meramalkan Umno tidak mampu bangkit semula. Ada juga yang beranggapan parti keramat orang Melayu tidak lagi berupaya membela nasib orang Melayu dan sedikit masa lagi hilang daripada pentas politik negara.
Pertuduhan
salah guna kuasa, rasuah, hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti
dan beberapa lagi isu menghantui perjalanan parti tersebut selepas tewas
pada PRU14.
Namun,
beberapa bulan selepas tewas pada PRU14, kini nampaknya tanggapan
bahawa Umno akan ‘terkubur’ nyata meleset dan tidak benar sama sekali.
Bahkan, seperti kita dapat lihat pada hari ini, Umno sudah kembali bernyawa, bergerak lebih maju ke hadapan dan mula menjadi perhatian rakyat Malaysia.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan Umno kembali kuat dan mampu menarik semula keyakinan rakyat. Salah satu faktor utama ialah kebebasan bersuara yang diketengahkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Kebebasan tersebut nyata memberi ruang seluas-luasnya kepada pihak pembangkang untuk menyerang pentadbiran kerajaan, baik dari kiri, kanan, depan mahupun belakang.
Kini, rakyat bebas bersuara tanpa ada sekatan dan ini merupakan peluang terbaik untuk blok pembangkang menyerang kerajaan.
Faktor kedua, penggabungan kuasa politik Umno-PAS sebenarnya memberi tekanan kepada pihak kerajaan.
Parti-parti gabungan dalam PH yang terdiri daripada PKR, PPBM, PAN dan DAP harus menekan butang ‘panik’ kerana gabungan Umno-PAS mampu menarik sebanyak mungkin sokongan pengundi Melayu.
PH harus mencari formula baharu untuk menghadapi gabungan tersebut.
Umno sememangnya telah banyak belajar cara berpolitik daripada PH. Baik dari segi kerjasama politik, agenda perpaduan antara kaum, permainan isu-isu sensitif dan sebagainya, nampaknya Umno lebih terkedepan berbanding parti-parti pembangkang yang lain.
Umno, MCA dan MIC masih lagi bersama Barisan Nasional (BN). PAS pula sudah menjalin kerjasama politik dengan Umno melalui Muafakat Nasional yang dimeterai di PWTC baru-baru ini.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) nampaknya lebih selesa bergerak secara sendirian tanpa terikat dengan PH mahupun BN.
Di Sabah pula, pola politik di negeri tersebut adalah pelbagai. Walaupun parti Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal bukan sebahagian daripada komponen PH, namun parti itu dilihat mesra PH.
Menjelang PRU15 nanti, Warisan boleh membuat keputusan sama ada mahu menyokong PH atau menyebelahi parti-parti gabungan BN.
Begitu juga dengan GPS, sama ada mahu menghadapi pilihan raya secara bersendirian, menyebelahi PH atau pun BN, terpulang kepada parti tersebut kerana sudah pasti mereka akan menyokong pihak yang memberi kepentingan.
Jika PH mahu terus kekal menjadi kerajaan, mereka perlu melakukan sesuatu bagi menghadapi tekanan yang diberikan oleh pihak pembangkang.
Pihak kerajaan juga perlu mengekang kemaraan pembangkang yang nampaknya kini jauh lebih kuat, mantap dan berkesan berbanding setahun yang lalu.
Nampaknya, selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Umno sudah banyak belajar daripada kesilapan lalu.
Pasca PRU14 pada awalnya menunjukkan bahawa Umno akan ‘terkubur’ dan lenyap daripada landskap politik negara.
Ramai penganalisis politik meramalkan Umno tidak mampu bangkit semula. Ada juga yang beranggapan parti keramat orang Melayu tidak lagi berupaya membela nasib orang Melayu dan sedikit masa lagi hilang daripada pentas politik negara.
Bahkan, seperti kita dapat lihat pada hari ini, Umno sudah kembali bernyawa, bergerak lebih maju ke hadapan dan mula menjadi perhatian rakyat Malaysia.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan Umno kembali kuat dan mampu menarik semula keyakinan rakyat. Salah satu faktor utama ialah kebebasan bersuara yang diketengahkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Kebebasan tersebut nyata memberi ruang seluas-luasnya kepada pihak pembangkang untuk menyerang pentadbiran kerajaan, baik dari kiri, kanan, depan mahupun belakang.
Kini, rakyat bebas bersuara tanpa ada sekatan dan ini merupakan peluang terbaik untuk blok pembangkang menyerang kerajaan.
Faktor kedua, penggabungan kuasa politik Umno-PAS sebenarnya memberi tekanan kepada pihak kerajaan.
Parti-parti gabungan dalam PH yang terdiri daripada PKR, PPBM, PAN dan DAP harus menekan butang ‘panik’ kerana gabungan Umno-PAS mampu menarik sebanyak mungkin sokongan pengundi Melayu.
PH harus mencari formula baharu untuk menghadapi gabungan tersebut.
Umno sememangnya telah banyak belajar cara berpolitik daripada PH. Baik dari segi kerjasama politik, agenda perpaduan antara kaum, permainan isu-isu sensitif dan sebagainya, nampaknya Umno lebih terkedepan berbanding parti-parti pembangkang yang lain.
Umno, MCA dan MIC masih lagi bersama Barisan Nasional (BN). PAS pula sudah menjalin kerjasama politik dengan Umno melalui Muafakat Nasional yang dimeterai di PWTC baru-baru ini.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) nampaknya lebih selesa bergerak secara sendirian tanpa terikat dengan PH mahupun BN.
Di Sabah pula, pola politik di negeri tersebut adalah pelbagai. Walaupun parti Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal bukan sebahagian daripada komponen PH, namun parti itu dilihat mesra PH.
Menjelang PRU15 nanti, Warisan boleh membuat keputusan sama ada mahu menyokong PH atau menyebelahi parti-parti gabungan BN.
Begitu juga dengan GPS, sama ada mahu menghadapi pilihan raya secara bersendirian, menyebelahi PH atau pun BN, terpulang kepada parti tersebut kerana sudah pasti mereka akan menyokong pihak yang memberi kepentingan.
Jika PH mahu terus kekal menjadi kerajaan, mereka perlu melakukan sesuatu bagi menghadapi tekanan yang diberikan oleh pihak pembangkang.
Pihak kerajaan juga perlu mengekang kemaraan pembangkang yang nampaknya kini jauh lebih kuat, mantap dan berkesan berbanding setahun yang lalu.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.