KUCHING: Pemimpin politik dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak
tawaran kerjasama yang dikemukakan PAS, mengatakan perjuangan parti
Islam itu “tidak diperlukan di Sarawak”.
Abdul Karim Rahman Hamzah, naib presiden PBB, ahli berpengaruh
gabungan itu berkata GPS mampu menguruskan negeri dengan baik dalam
menjaga kebajikan negeri dan rakyat serta berdepan pilihan raya negeri
akan datang.
“Kami berterima kasih kepada mereka (PAS) atas tawaran kerjasama.
Kami menghormati PAS sebagai parti politik tetapi perjuangan mereka
tidak diperlukan Sarawak.
“Saya tidak sombong tapi jika PAS benar-benar mengambil berat tentang
Sarawak maka nasihat saya kepada penyokong mereka adalah untuk sokong
dan undi GPS dalam pilihan raya negeri akan datang,” kata Karim
Beliau berkata nasihatnya juga ditujukan kepada parti lain yang
berpangkalan di Semenanjung seperti DAP, PKR, Amanah dan PPBM, yang
merupakan gabungan Pakatan Harapan dalam kerajaan persekutuan.
Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Michael Tiang pula
menyeru mana-mana rakyat Sarawak dalam parti yang berpangkalan di
Semenanjung yang berminat untuk bekerjasama dengan GPS supaya
meninggalkan parti mereka dan menyertai GPS.
“GPS dibentuk untuk melindungi integriti politik Sarawak dan kami percaya hanya rakyat Sarawak boleh menjaga Sarawak,” katanya.
Tawaran kerjasama PAS dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri
Jaraee. Beliau menawarkan bantuan kepada GPS, mengatakan GPS tidak boleh
menang secara sendiri pada pilihan raya negeri akan datang.
Beliau berkata PAS dan GPS menolak DAP dan kerjasama itu akan memastikan DAP tidak akan berkuasa di Sarawak.
Di Semenanjung, PAS dan Umno membentuk satu pakatan untuk menang pada pilihan raya umum akan datang.
Karim berkata parti yang berpangkalan di Semenanjung tidak sepatutnya meremehkan rakyat Sarawak.
“Kami sudah melakukannya selama 56 tahun dan walaupun mendapat dana
pembangunan yang sedikit dari kerajaan persekutuan, kami bangga
menunjukkan Sarawak adalah negeri yang paling harmoni dan toleransi di
negara ini,” katanya.
Tiang berkata PAS bukan parti berasaskan tempatan dan mempunyai
agenda yang berbeza. Beliau berkata rakyat Sarawak sudah cukup dikawal
ahli politik Semenanjung yang menetapkan terma kepada Sarawak.
Kami mampu urus Sarawak, GPS tolak kerjasama PAS
Reviewed by editorreformis
on
September 25, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh ABU IHSAN ELBARITI Dalam kalangan umat Islam Malaysia, isu penternakan babi sering terhanyut dalam polemik yang didasari elemen emo...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.