Kelebihan Tok Tok Guru Pondok
Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
Antara perkara yang saya suka tentang guru-guru pondok ialah jiwa sufi mereka. Mereka merendah diri, walaupun ilmu mereka melaut.
Saya teringatkan seorang guru kami yang mengajar ringkasan Ihya' Ulumiddin, beliau memanggil kami anak-anak dan membahasakan dirinya pak.

Tidak pernah didengar mereka membodohkan orang lain, bahkan kalimah
bodoh itu sendiri seperti suatu kalimah yang begitu asing daripada mulut
mereka.
Apabila mereka membaca kitab, dan didapati tulisan dalam kitab itu tersalah misalnya, mereka tidak mengatakannya salah tetapi berkata, boleh jadi yang betulnya adalah begini.
Mungkin dek lidah mereka yang senantiasa basah dengan zikir-zikir kerana mereka biasanya mengikuti aliran tariqat tertentu, menjadikan mereka begitu beradab sopan dengan orang lain.
Hal itu menjadikan kita sayang dan hormat kepada mereka. Mereka mungkin tidak punya gelaran muluk-muluk, tetapi "kegerunan" kita kepada mereka lantaran kemuliaan akhlak sebegitu sentiasa segar.
Mereka tua dengan ilmu, akhlak, budi dan tawadhuk. Berbeza dengan sesetengah orang zaman kini yang tua dengan sombong, rasa diri hebat dan rendah budi.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.