“Semua ini adalah salah. Saya
tidak sepatutnya berada di atas sini. Saya seharusnya sedang berada di
sekolah di seberang laut sana. Namun, anda semua datang kepada kami -
orang muda - untuk menagih harapan. Beraninya kalian!”
Sewaktu
hampir enam juta rakyat Malaysia enak menghabiskan masa, tenaga dan
tumpuan bersorak-sorai meraikan kemenangan artis yang dijulang sebagai
paling popular sambil berketawa dengan lawak “kereta second hand”, ada seorang remaja 16 tahun sibuk bercakap tentang pemanasan global dan ancaman perubahan iklim dunia di benua yang lain.
Sejak
1970 lagi dunia ini telah pun mencatatkan kehilangan sekitar 60 peratus
pelbagai spesies haiwan vertebrata serta berdepan dengan realiti
kepupusan 80 peratus serangga melalui bermacam aktiviti pencemaran yang
disumbangkan oleh kita yang bernama manusia.
Pada Disember tahun
lalu, Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (Nasa) melaporkan bahawa
pencairan ais di Greenland - iaitu litupan ais kedua terbesar selepas
Antartika - dijangka akan meningkatkan lagi paras air dunia sehingga 0.8
milimiter.
Selain Greenland, Antartika mencatatkan pencairan ais yang lebih menggerunkan.
Secara
purata 40 bilion tan ais mencair setiap tahun yang direkodkan sejak
1979 sehingga 1990.
Kemudian jumlah kehilangan glasier dan ais dari
proses pencairan itu mencatatkan peningkatan kepada 252 bilion tan
setahun bermula 2009 sehingga 2017.
Ada banyak kajian dan laporan
pelbagai agensi menyatakan kegusaran mereka. Ini kerana terdapatnya
laporan yang menyatakan paras air laut akan meningkat sehingga 1.8 meter
menjelang 2100.
Amaran sudah ada lama
Ia
sekaligus bakal akan menenggelamkan beberapa bandar dan petempatan
serta memberi kesan kehancuran yang serius terhadap jutaan penduduk yang
tinggal di beberapa bandar berhampiran pantai.
Lapisan ais di
Antartika dan Greenland akan terus menipis, mencair, dan hilang untuk
selamanya. Ia akan kekal menjadi air laut yang bakal menenggelamkan
banyak daratan sekali gus membunuh dan menghilangkan banyak lagi spesis
hidupan.
Semua kehilangan yang telah dan akan berlaku ini
sebenarnya adalah suatu peristiwa kematian besar-besaran. Kehilangan
kekal yang mengkucar-kacirkan kapasiti diversiti sistem semula jadi bumi
yang sepatutnya menyediakan kehidupan sejahtera kepada manusia.
Artikel
ini tidak akan meneruskan bebelan tentang berapa hektar hutan hujan
tropika kita yang hilang hasil dari keserakahan pembalakan. Atau entah
berapa billion tan karbon dioksida yang disebut jutaan kali - dengan
istilah CO2 oleh Greta Thunberg - yang tiap hari kita lepaskan.
Kerana
- sebagaimana kata Greta budak 16 tahun dari Sweden itu - sains telah
sekian lama meramal, menjelas dan memberikan kita amaran.
Baru-baru
ini, melalui ucapannya kepada pemimpin dunia di Bangsa-bangsa Bersatu,
Greta dengan nada tegas, keras dan penuh beremosi berkata: "You have
stolen my dreams and my childhood with your empty words. Yet, I’m one of
the lucky ones. People are suffering, people are dying. Entire
ecosystems are collapsing. We are in the beginning of a mass extinction
and all you can talk about is money and fairy tales of eternal economic
growth. How dare you?”
Ucapannya
itu ditujukan kepada seluruh pemimpin dunia yang sebahagiannya ada
dicelah-celah kita. Mereka sedang kesibukan mengatur jadual untuk ke
Tanjung Piai bagi mempersiapkan joran dan mata kail.
Kelam kabut merangka strategi. Misalnya umpan jenis apa yang paling sedap untuk mereka guna.
Dalam
keadaan dunia yang sedang binasa dan menunggu kehancuran total akibat
seribu satu asakan krisis malapetaka - seperti migrasi besar-besaran
manusia yang akan menghasilkan jutaan pelarian, krisis makanan serta
kebuluran dan krisis nilai serta moral - orang politik tetap juga naik
syahwatnya dengan pilihan raya merebut kekuasaan.
Itu sahaja mereka ini mahu tunjuk dan ajar.
Selain
daripada lebai yang mengajak pengikutnya mengaji cara membersihkan duit
serta belajar kaedah membonsaikan pemikiran rakyat tanpa dikesan, orang
politik lain memang tidak ada benda lain yang boleh mereka tawarkan
.
Buktinya, setelah jadi menteri mereka tetap terus-menerus berantakan.
Belajar dari gagak
Justeru marilah kita lupakan mereka yang melalaikan itu dan mula belajar daripada seniman dan filem-filem para karyawan.
Al-Quran - pada surah al-Maidah - ada menukilkan tentang kisah dua orang anak Adam: Qabil dan Habil. “Dan
bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah dua orang anak Adam
(Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka
berdua mempersembahkan persembahan korban (untuk mendampingkan diri
kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Habil), dan
tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):
"Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah
menerima (korban) daripada orang-orang yang bertaqwa.”
Peristiwa
itu telah membuatkan Qabil serta-merta jadi hilang pertimbangan.
Kejahatan, rasa cemburu dan dendam tersimpan lama serta rasa sakit hati
tidak terkata menguasai dia sepenuhnya.
Tanpa berfikir lama,
Qabil segera mengambil batu dan menghentak dengan sepenuh rasa benci dan
marah yang bersarang dalam hatinya sampai Habil rebah terkulai tak
benyawa.
Qabil terpinga-pinga, menggelabah tak tahu nak buat apa.
Maklumlah kerana itu adalah peristiwa pembunuhan dan kematian pertama di
atas muka bumi. Qabil kala itu belum pernah berjumpa satu helai silibus
pun tentang apa yang harus dilakukannya.
Dengan perancangan tuhan
juga, Qabil diperlihatkan secara visual dengan mata kepala bagaimana
dua ekor burung gagak yang sedang ganas saling berebut secebis makanan
tak ubah sebagaimana para pemimpin kita yang tak berhenti saling
memburukkan satu sama lain untuk berkuasa.
Babak perebutan itu sudahnya berakhir dengan kematian gagak yang lemah. Qabil terus memerhati dengan penuh minat.
Dia
melihat gagak yang menang menghabisi makanan yang dimenanginya. Selepas
kekenyangan, gagak itu pun mengais-ngais tanah memperlihatkan kepada
Qabil yang bingung apa yang perlu dilakukan sehingga datang kepadanya
ilham untuk menimbus mayat saudaranya.
Visual yang mengispirasikan
Qabil itu sebenarnya adalah satu babak dalam 'filem'. Visual yang
mengilhamkan Qabil itu hakikatnya satu 'lukisan' yang penuh dengan
warna.
Lupakanlah politikus dengan politik gila mereka, mari kita mula belajar dari seni dan filem. HARIS HAUZAH seorang penulis skrip dan anggota sidang utama Komuniti Filem Titiwangsa (Komfit).
Lupakan politikus, ayuh belajar dari seni dan filem
Reviewed by editorreformis
on
September 28, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Wan Haron Wan Hassan, RAMAI yang melihat Pas sekarang bukan lagi Pas yang mereka kenali dulu. Pas semasa zaman Yusof Rawa, Datu...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.